Makanan Untuk Tingkatkan Imun Ketika PKP COVID-19

makanan untuk tingkatkan sistem imun tubuh

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan PKP COVID-19 seperti sekarang, perkara paling penting ialah untuk kita setiap rakyat Malaysia kekal sihat. Tingkatkan sistem imun tubuh dengan makanan yang betul. Namun, dengan sumber makanan yang agak terhad di kedai, belajarlah untuk hidup dengan apa yang ada di sekitar kita.

Berikut KakNjang senaraikan makanan yang bagaimana boleh membantu untuk tingkatkan sistem imun kita sekeluarga agar kekal sihat:

Kumpulan Makanan Pertama: Buah-buahan dan sayur-sayuran.

Vitamin dan serat!

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Makan dari buah dan sayur segar mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan antibodi dan menguatkan serta tingkatkan sistem imun tubuh.

Vitamin C membantu menguatkan fungsi sistem imun tubuh. Vitamin C banyak terdapat dalam strawberi, cili paprika, brokoli, buah-buahan sitrus seperti oren dan sebagainya.

Vitamin A memastikan tisu-tisu di dalam mulut, dinding usus dan salur pernafasan kita sentiasa sihat. Vitamin A banyak terdapat di dalam keledek, bayam, lobak merah, cantalop dan sebagainya.

Berapa banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita perlu ambil setiap hari? KakNjang selalu ingatkan semua untuk dapatkan 5 hidangan yang mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran.

Imuniti dalam badan boleh membantu melawan penyakit. Bukan semua penyakit, tetapi sekurang-kurangnya badan ada kebolehan untuk bertindak balas dengan penyakit yang kita dapat.

… mesti makan sayur dengan buah.

Pegawai Sains (Pemakanan), Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, KKM, Encik Muhammad Asyraf Bin Ismail.
makanan untuk tingkatkan sistem imun tubuh

Kumpulan Makanan Kedua: Protein dari sumber terbaik.

Protein dari sumber terbaik!

Pastikan ada protein yang baik sebagai nutrien binaan asas tubuh. Tidak cukup protein boleh menyebabkan sistem imun tubuh kita lemah.

Makanan yang kaya dengan protein membekalkan tubuh kita dengan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk membina pelbagai jenis protein termasuklah antibodi untuk tingkatkan sistem imun.

Protein haiwan seperti daging lembu, kambing dan ayam tinggi dengan mineral Zinc, sejenis mineral yang digunakan oleh tubuh untuk penghasilan t-sel, penting untuk sistem imun tubuh.

akibat kekurangan protien - lemah letih lesu

Kumpulan Makanan Ketiga: Probiotics

Probiotics!

Bekalkan perut kita, usus kita dengan makanan untuk bakteria-bakteria baik yang hidup di dalamnya.

Yogurt, tempeh, miso, kimchi to name few. Tapi kalau susah nak dapat, susu kultur seperti Yakult atau Vitagen pun boleh juga. Namun perlu dipantau pengambilannya terutama bila semua anak-anak ada di rumah dan ration yang ada itu sedap untuk dinikmati.

Kumpulan Makanan Keempat: Rempah ratus.

Spice up your life!

Setiap makanan berasaskan tumbuhan memiliki kelebihan dan khasiat mereka yang tersendiri. Termasuklah rempah ratus yang terdapat di Malaysia ini seperti bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, halia, kunyit, bawang putih, halba, jintan dan sebagainya itu. Setiap satunya memiliki banyak khasiatnya yang tersendiri. Ada yang anti-microbial, anti-inflammatory, dan antioxidant yang melindungi sel.

Semua khasiat ini tidak dapat diganti dengan memakan sebiji pil suplemen. Kita perlu tambah rempah ratus yang ada ini ke dalam masakan kita setiap hari.

Saranan KakNjang:

Having said semua di atas, untuk dapatkan kesemuanya yang bagus dan baik sahaja di atas meja makan ketika darurat seperti sekarang agak sukar.

Ketika diumumkan Perintah Kawalan Pergerak akibat bencana COVID-19, ramai yang serbu pasaraya, pasar basah, kedai runcit untuk membeli keperluan makanan dan sabun pencuci.

Ini serba sedikit menjejaskan stok makanan yang ada di kedai. Not to mention juga, tidak semua yang kita mahu itu ada di kedai. Cantelop mungkin tak ada. Brokoli, bunga kobis tak ada. Avocado, lemon, green corals yang biasa kita makan mungkin tiada di kedai buat masa sekarang. Betik, pisang, ulam raja, pegaga… banyak yang senang kita jumpa InSyaaAllah.

Nasihat KakNjang, apa yang ada di kedai yang boleh kita masak dan makan bersama keluarga, beli sahaja. Yang penting ketika darurat ini ialah untuk kita makan dan kekal bertenaga.

Masak pun tidak perlu complicated sangat. Rebus, celur, kukus, panggang je sudah.

Jika dirasakan makanan yang ada itu tidak mampu untuk mencukupkan keperluan nutrisi harian, amalkan pengambilan suplemen. Paling basic, dapatkan set keperluan harian untuk seisi keluarga.

Satu lagi, KakNjang rasa inilah masa terbaik untuk kita semua mula bercucuk tanam. Tanam pokok yang kita boleh makan! Guna pasu, guna botol dengan air. InSyaaAllah boleh. Invest sedikit.

Sekurang-kurangnya dalam masa sebulan-dua dari sekarang, sudah ada pokok sayur yang bakal memberi kita hasil tuaian yang boleh kita masak untuk keluarga.

Sebabnya kita tidak tahu sampai bila isu pendemik ini akan berlarutan. Mungkin 12 bulan. Mungkin 18 bulan. Mungkin lebih lama dari itu. Ya Allah permudahkanlah bagi kami semua…

Sumber bacaan dan rujukan:

  1. MingguanWanita.my – Pakar Pemakanan KKM Jelaskan…
  2. WebMD – What to eat to boost your immune system
  3. HealthLine.com

Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat kita semua. Semoga kita sentiasa di bawah lindungan Allah SWT. Semoga isu pendemik COVID-19 ini cepat selesai.

KakNjang Azura Abdul
Rakan Sihat Anda!
019-668 6767
AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang

Pengedar Shaklee Malaysia
Doa pelindung dari wabak penyakit berjangkit
Makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan ketika perut sakit
  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *