Panduan Kekal Sihat Cergas Bertenaga Ketika Puasa

Panduan Kekal Sihat Cergas Bertenaga Ketika Puasa | Azura Abdul

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah kita direzekikan untuk bertemu dengan Ramadhan yang mulia ini. Cabaran biasa yang kita hadapi ketika berpuasa di bulan Ramadhan ialah bagaimana untuk pastikan tubuh kekal sihat, cergas dan bertenaga sepanjang hari puasa, selama sebulan!

Berikut KakNjang kongsikan dengan anda semua 8 tip untuk pastikan kita kekal sihat cergas dan bertenaga ketika puasa:

1. Jangan Skip Sahur!

sahur rendah indeks glisemik bantu kekal sihat cergas ketika puasa

Sahur bantu kita dapat energy during the day, itu kata anak KakNjang, Aman?.

Sahur adalah sunnah yang paling besar dan antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan.

Bersahur menyebabkan kita memperoleh keberkatan daripada Allah SWT. Daripada Anas Bin Malik bahawasanya Nabi SAW bersabda :

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً

Maksudnya :” Bersahurlah kerana di dalam sahur itu adalah berkat.”

Riwayat Al-Bukhari (1923)

Antara sebab keberkatan adalah kerana sahur membekalkan tenaga dan membantu seseorang menjalani hari-hari puasa dengan mudah dengan ibadah dan amalan-amalan ketaatan.

2. Amalkan Pemakanan Seimbang Dan Sihat.

Waktu Sahur:

Kompleks karbo tinggi serat, rendah indeks glisemik (roti/bijirin gandum penuh, beras perang, kentang, jagung etc.) membekalkan tenaga secara perlahan selama beberapa jam.

Gabungkan bersama sumber protein ( untuk rasa kenyang lebih lama. Pastikan ada buah dan sayur sebagai sumber vitamin dan mineral perlu oleh tubuh dalam proses penukaran makanan kepada tenaga.

Atau untuk lebih mudah, dapatkan serbuk protein yang mempunyai nilai serapan tinggi seperti ESP: serbuk protein soya Shaklee. Anda boleh dapatkan beberapa pilihan serbuk protein lain di sini…

Waktu Berbuka/Iftar:

Mulakan dengan 2-3 biji kurma dan air terlebih dahulu. Ini membantu tubuh meningkatkan paras gula dalam darah secara perlahan-lahan.

Air, jus atau sup sangat sesuai waktu ini untuk kembalikan atau kekalkan bendalir juga elektrolit dalam badan yang hilang ketika berpuasa.

Anda boleh cuba minuman tenaga sihat Shaklee – Performance Drink yang mengandungi kesemua 6 elektrolit perlu oleh tubuh.

Ambil sedikit masa sebelum mengambil hidangan utama yang lebih berat.

Dicadangkan Solat Maghrib terlebih dahulu sebelum jamah hidangan lain. Ini memberi jarak masa yang sesuai.

Gabungkan karbo kompleks, protein, buah-buahan dan sayur-sayuran untuk tenaga dan kekuatan daya tahan tubuh.


Resepi Sahur Chocolate CinchShake Pisang | Protein Shake

Bahan-bahannya:

  • 200ml air sejuk
  • 1 skup Chocolate
  • 1 biji pisang bersaiz sederhana

Cara-caranya:

  1. Dengan menggunakan garfu, lenyek pisang di dalam shaker sehingga menjadi lunyai halus ikut suka hati 😀
  2. Tambah air.
  3. Tutup shaker dan shake-shake-shake sepuas hati 😉
  4. Siap sedia untuk diminum!

Selamat mencuba dan Selamat Berpuasa!

Resepi Sahur Elderberry LifeShake Bersama Kurma | Protein Shake

Bahan-bahannya:

Cara-caranya:

  1. Masukkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam pengisar.
  2. Kisar hingga sebati.
  3. Siap dan sedia untuk dinikmati!

Selamat mencuba dan Selamat Berpuasa!

Nota: Amalkan Pemakanan Sihat cara Pinggan Sihat Malaysia di setiap waktu makan utama anda.

Gabungkan karbo kompleks, protein, sedikit lemak sihat bersama serat dari buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai sumber utama vitamin dan mineral. Amalkan pengambilan suplemen secara bijak bagi melengkapkan keperluan nutrisi tubuh.


3. Makan Berpada-pada!

Iftar memang dinanti-nanti sebab dah berpuasa seharian.

Namun itu tidak bererti kita perlu qada’ makan sepanjang hari pada waktu berbuka.

Mulakan dengan kurma dan air dahulu. Tunaikan Solat Maghrib. Kemudian sambung berbuka dengan sepinggan juadah seimbang yang lebih berat. Rehat sebentar dari makan. Solat Isyak dan tunaikan Solat Tarawih. Selesai beribadah, sambung dengan juadah moreh.

Dengan cara begini, kita menjadi lebih segar bertenaga kerana tenaga/gula dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam badan dan badan kita ‘sempat nak proses’ apa yang kita makan tadi.

4. Kekal Terhidrat

Kita disarankan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari, sepanjang hari.

Namun kita tidak digalakkan untuk minum air dalam kuantiti yang banyak pada satu-satu waktu makan.

Eat your water instead! Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran segar kerana kandungannya kaya dengan air dan tinggi serat.

makan buah tinggi serat tinggi air bantu kekal sihat cergas ketika puasa

Bermaksud, ianya akan berada lebih lama dalam tubuh kita dan dapat mengurangkan rasa dahaga lebih lama.

5. Elakkan Cuaca Panas Terik!

Sebolehnya, elakkan dari berada di bawah sinaran matahari yang terik terutama di waktu tengahari lebih kurang sekitar 10am – 3pm. Ini adalah untuk mengurangkan kadar penghidratan yang mendadak.

elakkan panas matahari bantu kekal sihat cergas ketika puasa

Bila tubuh kehilangan banyak air, kita akan merasa letih dan lesu.

6. Rehat/Tidur Secukupnya!

Nak dapatkan tidur yang baik cukup 8 jam setiap hari di bulan puasa agak sukar sedikit.

Namun kita perlu sedaya upaya untuk dapatkan tidur dan rehat yang sebaiknya sepanjang hari, jika tidak dapat in one shot.

Cadangan, tidur awal selepas solat tarawih, dan lambatkan sahur selambat mungkin.

ppower nap bantu kekal sihat cergas ketika puasa

Cuba dapatkan power-nap 10-15 minit selepas setiap waktu solat jika boleh. Ini dapat kembalikan sedikit tenaga pada tubuh.

7. Elakkan/Kurangkan Minuman Berkafein

kurangkan minuman berkafein bantu kekal sihat cergas ketika puasa

Cuba untuk kurangkan atau jika boleh elakkan pengambilan minuman berkafein antara waktu berbuka sehingga sahur esok pagi.

Selain dari buat kita ‘ketagih’ minuman ini, kafien akan mengganggu tidur malam kita dan akan menyebabkan kita sakit kepala di siang harinya.

8. Bersenam Seadanya!

Bersenam merupakan salah satu cara terbaik untuk dapatkan bekalan oksigen secukupnya untuk tubuh kita dan melepaskan karbon dioksida. Ini sangat penting untuk kesihatan sel terutama otak dan jantung untuk berfungsi dengan baik. Proses ini menghasilkan tenaga dalam tubuh.

briskwalk bantu kekal sihat cergas ketika puasa

Boleh berjalan laju sekejap selepas sahur atau setengah jam sebelum berbuka. Itu sudah mencukupi. Ikut kemampuan masing-masing.

Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat anda semua. Jika ya, kongsikan kepada rakan dan keluarga anda semoga lebih ramai yang mendapat manfaat darinya. Diharap puasa kita pada tahun ini lebih bererti dan diterima sebagai ibadah puasa terbaik kita. Selamat menjalani ibadah puasa dengan lebih sihat cergas dan bertenaga!

KakNjang Azura Abdul
Penuaan Sihat Bermula Sekarang

Promosi Shaklee Mac 2023 | Puasa Sihat Bertenaga bersama Shaklee!

Rujukan:
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
TallyPress.com
Cleveland Clinic Abu Dhabi

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *