Sahur Lebih Ringkas Dan Mudah Dengan ESP Dan Kurma Tanpa Biji
Setiap tahun, dilema yang sama tetap akan datang bila Ramadan tiba. Nak sahur apa? Sekarang pula sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19. Kalau dulu boleh simpan lebihan makanan berbuka (kalau ada lebihannya lah!!!) yang kita beli di Bazar Ramadan untuk sahur, sekarang Bazar Ramadan tak de. Masaklah kau nak…! Jadi untuk mengurangkan kemasakan itu, KakNjang nak share dengan anda semua sahur ringkas kegemaran KakNjang, kurma tanpa biji dikisar bersama ESP serbuk protein Shaklee. Sangat senang!
Cara-cara penyediaannya mudah sangat. Tapi sebelum mula, pastikan anda semua ada blender. Tak kisahlah blender jenis apa, lagu mana pun, janji boleh kisar bagi hancur semua bahan yang dimasukkan ke dalamnya.
Bahan-bahan yang diperlukan:
* 3 sudu makan ESP serbuk protein Shaklee
* 4 biji kurma yang telah dibuang bijinya
* 1 cawan susu rendah lemak brand sukahati korang
* 1 cawan kiub ais
Cara-caranya:
– Masukkan semuanya ke dalam blender pengisar anda.
– Kisar sehingga halus dan sebati semuanya.
– Sedia untuk diminum!
Mudah sangat bukan? Lagi mudah bila kita ada semua bahannya depan mata. Ada ESP. Ada buah atau kurma. Blend! Dah siap. Sahur jadi sangat mudah dan ringkas dengan ESP dan buah juga kurma!
Kalau belum ada ESP, boleh terus wasap KakNjang di 0196686767 cakap nak ESP. Buat bayaran, nanti KakNjang terus poskan kepada anda semua bersama resepi-resepi ESP yang lain.
HARAP MAAF. JUALAN KURMA TELAH PUN BERAKHIR. TERIMAKASIH ATAS SOKONGAN ANDA SEMUA.
Kurma tak tau nak beli kat mana sebab PKP COVID-19? Jangan risau. KakNjang boleh tolong anda semua dapatkan kurma, bukan sejenis, tapi tiga jenis dalam satu set. Setiap set bernilai RM30(semenanjung)/RM35(sabah sarawak) termasuk kos pos dah tu. Setiap jenis 250g, x3 jadinya kita akan dapat 750g kurma. Dapatkannya di sini…
Selamat mencuba. Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat semua.