Telomere Dan Penuaan Sihat: Apa Kaitannya?

Telomere dan Penuaan Sihat: Apa Kaitannya? | Azura Abdul

Kaitan Telomere dan Penuaan Sihat dikaji dalam Kajian Telomere (The Telomere Study) – bertujuan untuk meneroka kesan pengambilan pelbagai makanan tambahan dalam jangka masa yang panjang ke atas panjang telomere.

Kajian Telomere menunjukkan bahawa pengguna Shaklee yang mengambil suplemen selama 5 tahun mempunyai telomere lebih panjang berbanding pengguna sihat tanpa suplemen, dan berpotensi untuk capai penuaan yang sihat.

Kaitan Telomere dan Penuaan Sihat

Elizabeth Blackburn on the telomere effect: ‘It’s about keeping healthier for longer’ – TheGuardian.com

Wow! Bunyinya hebat bukan. Kajian Telomere – The Telomere Study! Tapi tahukan anda apa itu telomere? Jom KakNjang ceritakan…

Apa itu telomere? - Telomere dan penuaan sihat
Telomere adalah umpama pelindung plastik di hujung tali kasut.

Telomeres adalah penutup pada akhir setiap helaian DNA yang melindungi kromosom kita, umpama penutup plastik di hujung tali kasut kita tu.

Masalahnya ialah, setiap kali sel kita terbahagi, setiap kali itulah telomere ni semakin memendek. Sehingga akhirnya penutup plastik itu menjadi sangat pendek, hampir tiada lagi, sel kita jadi tua dan mati.

Telomere memendek setiap kali sel terbahagi - telomere dan penuaan sihat
Telomere memendek setiap kali sel-sel kita terbahagi.

Fenomena telomere memendek ni merupakan perkara semulajadi. Fitrah. Semakin kita menua, telomere semakin memendek. Atau adakah semakin telomere memendek kita jadi semakin tua? Itu pun menjadi tanda tanya yang membuatkan kajian ke atas kaitan telomere dan penuaan sihat ini dijalankan.

Telomere dan penuaan sihat

Telomere memendek merupakan salah satu proses penuaan. Namun terdapat beberapa faktor yang mempercepatkan lagi pemendekan telomere tersebut:

  • Gaya hidup yang stress
  • Pencemaran alam sekitar
  • Obesiti
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Tidak bersenam
  • Tidur tidak cukup
  • Kurang sokongan dari orang terdekat
Telomere dan penuaan sihat
Adakah anda terjebak dalam faktor yang memendekkan telomere lebih cepat?

Antara mereka yang paling terkesan dengan pemendekan telomere ialah ibu-ibu yang berada di rumah menjaga keperluan anak-anak dan warga tua. Stressnya satu macam. Lebih lama mereka menjaga anak-anak dan warga tua, lebih teruk keadaan stress, dan lebih cepatlah telomere memendek. Ini sebabnya ramai surirumah sepenuh masa kelihatan cepat tua berbanding mereka yang bekerjaya dan tidak berada di rumah 24/7.

telomere dan penuaan sihat
Mereka yang menjaga bayi atau orang tua sangat stress, lagi lama lagi pendek telomere mereka.

Kajian di Oxford University dan Chang Gung University, Taiwan mendapati bahawa wanita yang tertekan memiliki telomere yang lebih pendek. Lebih teruk dan lama mereka dalam keadaan tertekan, lebih pendek telomerenya.

Telomere dan penuaan sihat

Jadi, apa kaitannya Telomere dan Penuaan Sihat?

Telomere merupakan faktor terpenting yang mempengaruhi penuaan sel kita. Lebih banyak sel yang mempunyai telomere yang panjang, lebih sihat tubuh kita dan lebih ‘awet muda’.

Tapi bila sel-sel yang ada semuanya dah nak hampir tiada telomerenya, masa ini lah kita dapat banyak penyakit (seperti cancer) dan ‘tua’. Tubuh tidak dapat bertahan lama, sel banyak mati. Dan berlakulah kematian.

Telomere dan Penuaan Sihat

Boleh tak kita nak panjangkan dan pelihara telomere kita?

Jawapannya BOLEH. InSyaaAllah dengan izinNYA.

Kita perlu pelihara telomere kita untuk kita hidup dalam keadaan sihat. Panjang umur dalam keadaan sihat. Macam mana nak buat tu? Bukan rahsia lagi. Perlu jaga 4 perkara berikut:

  1. Makan secara sihat
  2. Bersenam dan capai berat yang sihat
  3. Suplemen secara bijak
  4. Tabungan emosi yang penuh
Telomere dan penuaan sihat

Apakah suplemen yang diambil oleh pengguna Shaklee jangka masa 5 tahun dalam Kajian Telomere ini?

Rangkaian Antioksida dan vitamin bagi memerangi masalah oxidative stress pada seluruh tubuh. Kepelbagaian pengambilan suplemen wujud bagi memenuhi jurang nutrisi setiap individu.

Vivix untuk telomere lebih sihat
Vivix Shaklee – memberi perlindungan sehingga ke peringkat sel.
Suplemen Shaklee sokong kesihatan telomere

Semoga perkongsian KakNjang kali ini memberi manfaat buat anda semua. Jom jaga hujung ‘tali kasut’ kita semua!

Azura Abdul | Penuaan Sihat | Pengedar Shaklee Malaysia

AzuraAbdul.com | Penuaan Sihat Bermula Sekarang

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *