Tip Penuaan Sihat: Jaga Pemakanan Harian Kita

Tip Penuaan Sihat #1: Jaga Pemakanan Kita. We are what we eat!? Remember?

Bukan hanya makan-makan biasa. Cara kita makan. Bila kita makan. Apa kita makan. Semua tu menentukan Penuaan Sihat kita.

Apa yang perlu dilebihkan?

  • Sayur
  • Buah
  • Bijirin penuh
  • Kekacang
  • Hasil tenusu rendah lemak

Apa yang perlu dikurangkan/dielakkan?

  • Daging berlemak
  • Mentega
  • Gula
  • Garam
  • Makanan diproses
  • Makanan segera
  • Makanan dalam kotak dalam bungkusan

Banyak kajian telah mendapati bahawa cara pemakanan di atas dapat membantu panjangkan jangka hayat seseorang dan melindungi dari penyakit jantung, kanser, Parkinson dan Alzheimer.

Hasil dari beberapa penyelidikan terkini, saintis mendapati bahawa diet sebegini secara langsung mengubah bahagian kromosom kita yang berkaitan dengan penyakit yang berkaitan dengan penuaan.

Jadi, untuk mencapai penuaan sihat, kita perlu makan dengan bijak mulai sekarang. Tiada had umur. Tak kira tua atau muda. Mulakan sekarang, jaga pemakanan harian kita mulai sekarang!

Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat semua.

AzuraAbdul.com | Penuaan Sihat Bermula Sekarang!

Artikel berkaitan:

AzuraAbdul.com | Penuaan Sihat Bermula Sekarang!

September 7, 2024

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *