Tip Penuaan Sihat #1: Jaga Pemakanan Kita

Tip Penuaan Sihat #1:
Pemakanan Kita.
We are what we eat! ?Remember?
Bukan hanya makan-makan biasa. Cara kita makan. Bila kita makan. Apa kita makan. Semua tu menentukan Penuaan Sihat kita.
Apa yang perlu dilebihkan?
● Sayur
● Buah
● Bijirin penuh
● Kekacang
● Hasil tenusu rendah lemak
Apa yang perlu dikurangkan/dielakkan?
● Daging berlemak
● Mentega
● Gula
● Garam
● Makanan diproses
● Makanan segera
● Makanan dalam kotak dalam bungkusan
Banyak kajian telah mendapati bahawa cara pemakanan di atas dapat membantu panjangkan jangka hayat seseorang dan melindungi dari penyakit jantung, kanser, Parkinson dan Alzheimer.
Hasil dari beberapa penyelidikan terkini, saintis mendapati bahawa diet sebegini secara langsung mengubah bahagian kromosom kita yang berkaitan dengan penyakit yang berkaitan dengan penuaan.
Jadi, untuk mencapai penuaan sihat, kita perlu makan dengan bijak mulai sekarang. Tiada had umur. Tak kira tua atau muda. Mulakan sekarang!
Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat semua.
Artikel berkaitan:
- Kenapa Perlu Makan Yang Ringkas?
- Pemakanan Seimbang Untuk Warga Tua
- Sarapan Sangat Penting!
- Sarapan Untuk Perut Yang Meragam.
? AzuraAbdul.com
? 019 668 6767
Tinggalkan Balasan