Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2019

Waktu Imsak dan berbuka puasa 2019

Berikut disampaikan waktu imsak dan berbuka puasa bagi kawasan…

Tiap-tiap tahun selalu buka TV memang slot penyampaian waktu imsak dan berbuka puasa adalah slot yang paling KakNjang suka. Saja je buka kuat-kuat sambil masak-masak kat dapur tu. Paling jeles bila dibacakan waktu berbuka untuk rakan-rakan di Sabah dan Sarawak huhuhu.

Dulu selalu dok berangan-angan… kita sahur kat Perlis, berbuka kat Sabah. Aci dak mak? Mak gelak je… Those were the days…

Ramadan merupakan bulan anugerah yang penuh dengan barokah. Rugilah bagi mereka yang tidak berusaha untuk mendapatkannya.

Aktiviti sepanjang ramadan
Berusahalah untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan dan kebajikan.

Persediaan Menghadapi Ramadan

Untuk persiapan berpuasa sebulan ni, pastikan sebelum itu, selain dari kita, anak-anak perempuan kita sudah melunaskan hutang puasa mereka. Ini sangat penting.

Jangan lelah untuk bertanya… “Puasa along tinggal berapa hari lagi?” Tanya sahaja untuk memastikan yang hutang puasanya telah lunas. Bukan apa… yang nak membayar hutangnya tu nanti ayahnya juga, selain dari dirinya sendiri.

Sokongan dari segi nutrisi sangat penting untuk memastikan jurang nutrisi ketika berpuasa tidak mengganggu kesihatan semua ahli keluarga. Anda boleh baca di sini bagaimana untuk melengkapi jurang nutrisi tersebut sepanjang berpuasa.

Untuk anak-anak yang masih kecil, jangan lupa untuk membimbing mereka niat berpuasa setiap malam.

Niat berpuasa ramadan

Berbuka merupakan waktu yang sangat dinanti-nantikan oleh semua tak kira usia. Waktu ini lah juga biasanya semua keluarga berkumpul untuk berbuka bersama-sama. Berdoalah bersama-sama bagi mendapatkan keberkatan dan keredhaanNYA. Yang penting, jangan makan berlebihan.

Doa berbuka puasa

Berikut dilampirkan jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi seluruh negeri Melaka pada tahun 2019 / 1440 H.

Waktu Imsak dan berbuka puasa 2019
Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Ramadan 1440H / 2019 Bagi seluruh Negeri Melaka

Tarikh 1 Ramadan dan tarikh melihat anak bulan Syawal adalah tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melaysia.

Hari Nuzul Al-Quran ialah pada 22 Mei 2019 bersamaan 17 Ramadan.

Semoga perkongsian Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka bagi seluruh Negeri Melaka ini bermanfaat buat seluruh rakyat Negeri Melaka untuk merancang persediaan bersahur dan berbuka tepat pada waktunya.

AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang!

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *