Bilakah Waktu Terbaik Untuk Ambil Vitamin C? | Azura Abdul

Waktu terbaik ambil vitamin c

Waktu terbaik untuk makan Vitamin C? Pertama sekali kita perlu faham, waktu terbaik untuk ambil sesuatu vitamin bergantung kepada jenis vitamin tersebut. Ada yang terbaik bila diambil selepas waktu makan, ada juga yang bagus serapannya ketika perut kosong. Tidak kira bila pun waktunya, pengambilan sesuatu vitamin dalam bentuk suplemen dengan cara yang teratur dan disiplin dapat memberi nilai serapan dan kesan terbaik untuk kesihatan.

Fakta Tetang Vitamin C

  • Vitamin C merupakan vitamin yang larut dalam air.
  • Ianya tidak disimpan di dalam tubuh.
  • Ianya juga tidak boleh dihasilkan oleh tubuh.
  • Perlu dapatkan melalui pemakanan harian kita.

Sekali kita makan sesuatu yang ada vitamin C, tubuh akan ambil sebanyak mana vitamin C yang termampu untuk diserap dan diguna pakai, selebihnya akan disingkirkan melalui kencing.

Apa itu sumber vitamin C?
Ketahui lebih lanjut tentang vitamin C di sini…

Oleh itu, untuk mengelakkan pembaziran terutama bila kita ambil vitamin C dalam bentuk suplemen, pengambilan vitamin C sepatutnya dalam dose yang kecil diambil sepanjang hari, setiap hari.

Ketahui lebih lanjut tentang cara pengambilan Vitamin C yang selamat. Klik pada imej di bawah…

Soalannya sekarang, bilakah waktu terbaik untuk ambil vitamin C?

Jadi, vitamin C ni terbaik diambil bila ya? Secara peribadi, KakNjang akan kata pada bila-bila masa adalah waktu terbaik untuk ambil vitamin C. Sebab vitamin C larut dalam air dan tidak perlukan lemak untuk serapan sempurna.

Namun begitu, ada juga yang berpendapat bahawa vitamin C akan diserap dengan lebih baik ketika perut kosong.

Bermaksud kita perlu mengambilnya samada awal pagi selepas bangun dari tidur, 30 minit sebelum makan atau 2 jam selepas makan.

Ada sesetengah individu mempunyai perut yang sedikit sensitif. Vitamin C mungkin ada yang agak berasid. Sekiranya diambil ketika perut kosong mungkin akan menyebabkan mual dan loya macam nak muntah.

Jadi, untuk mereka yang tergolong dalam kategori ini, ambillah vitamin C selepas makan.

Saranan KakNjang:

Kita perlu faham jenis vitamin yang hendak kita makan. Kita perlu tahu kita makan untuk apa. Yang paling penting sekali, kita perlu tahu adakah perut kita mampu untuk terima sesuatu vitamin seperti individu lain.

Apa yang KakNjang cadangkan ialah bertukar kepada Sustained Released VitaC-Plus Vitamin C keluaran Shaklee.

Ianya berasaskan ekstrak jagung, jadi sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai perut yang agak sensitif dengan asid.

SRVitaC-Plus juga mempunyai sistem pelepasan berperingkat. Setiap tablet mengandungi 500mg vitamin C, dilepaskan secara perlahan-lahan dengan kadar 100mg vitamin C setiap jam, selama 5 jam.

Jadi, SRVitaC-Plus adalah selamat untuk semua jenis kegunaan dan memberi nilai harian vitamin C pada kadar optimum, tanpa pembaziran.

Semoga perkongsian KakNjang hari ini bermanfat buat semua.

KakNjang Azura Abdul
Rakan Sihat Anda!
AzuraAbdul.com
Penuaan Sihat Bermula Sekarang

Pengedar Shaklee Malaysia
Penuaan Sihat bermula dengan vitamin C

  • Nak tanye cara nak makan herblax sesuai waktu bila ye..dan berapa biji sehari? Kene ambil tiap hari or tak

    • Salam Anis. Terima kasih sudi bertanya.
      Herblax akan membuatkan kita membuang 6-8 jam selepas pengambilannya, mungkin berbeza bagi setiap individu.
      Biasanya kita galakkan pengambilan selepas makan malam supaya membuang di waktu pagi. Namun jika rasa tidak selesa dan nak atur membuang di waktu petang/malam, boleh diambil selepas sarapan atau minum pagi atau mengikut kesesuaian.
      Tidak perlu diambil setiap hari.

  • Boleh ke vitamin c dan omega guard ditelan pada masa yang sama. Contohnya selepas makan tengahari atau adakah ianya perlu ditelan pada masa berasingan.
    Terima kasih

  • Assalamualaikum bolehkah ambil vitamin C shaklee ni pada waktu pagi sebelum sarapan pg..ke ambil selepas sarapan?

    • Wa’alaikumussalam Nurul. terima kasih sudi bertanya. vitamin C adalah jenis vitamin larut air, boleh diambil pada bila-bila masa. namun ada sesetengah individu mungkin ada masalah perut atau perut agak sensitif. Jadi, disarankan ambil vitamin C selepas makan.

    • Secara general, vitamin C lebih kurang sama. Cuma jaga berapa banyak kita makan dalam sesuatu masa. Perlu tahu serapan tubuh terhadap vitamin c dalam sesuatu masa. KakNjang cuma kongsi vitamin C Shaklee Sustained Release Vita C, bentuk tablet, dengan sistem pelepasan berperingkat 100mg setiap jam selama 5 jam. Jika perut sensitif, pastikan sumber vitamin C adalah dari sumber yang lembut pada perut. Contoh, VitaC Shaklee dari ekstrak jagung, sesuai untuk perut sensitif.

    • Salam NurB. Terima kasih sudi singgah.

      Vitamin C adalah vitamin larut air. Bermaksud tidak disimpan di dalam tubuh kita. Setiap jam tubuh kita hanya mampu serap sehingga 200mg sahaja. Untuk tujuan pencegahan penyakit yang menular sekarang, 3000mg vitamin C Shaklee boleh diambil secara berperingkat dalam masa sehari. Setiap tablet vitamin C Shaklee membekalkan 500mg, dilepaskan secara berperingkat 100mg setiap jam, selama 5 jam. Jadi kita boleh dpatkan 3000mg vitamin C Shaklee secara selamat.

      Dapatkan lebih info di sini
      https://azuraabdul.com/hebahan-segera-kekang-coronavirus-dengan-vitamin-c/

    • Salam tuan.

      Vitamin C adalah vitamin yang larut dalam air. Agak mudah untuk mengatur cara pengambilannya.

      Ketika bulan puasa, juga kita berada dalam perperangan melawan COVID-19, KakNjang cadangkan pengambilan vitamin C Shaklee ketika sahur dan berbuka.

      Vitamin C Shaklee adalah selamat untuk diambil 2biji sekali gus.

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *