Bagaimanakah Cara Terbaik Untuk Atasi Menopause?

Cara Terbaik Untuk Atasi Gejala Menopause | Azura Abdul

Assalamualaikum family and friends. Kaknjang nak bincang pasal MENOPAUSE / PUTUS HAID pulak kali ni… Soalan cepu emas dia ialah Bagaimanakah Cara Terbaik Untuk Atasi dan Hadapi Menopause?

Bagi seseorang wanita, sooner or later, menopause tetap akan tiba. It’s part of aging.  Ya. Ia adalah satu proses penuaan. We are getting older. No doubt about it. Nak tak nak, first thing first, kena terima hakikat tersebut. Jika itu kita tidak boleh buat, memang problem lah lepas ni.

Mesti selalu dengar people are making jokes about this…

Kalau perempuan pertengahan umur selalu marah-marah tak tentu pasal….”nak menopause la tu!”

Kalau wanita pertengahan umur asyik-ayik lupa itu ini….”Hmmm… dah menopause agaknya…”

Nak marah kat depa yang dok kata tu pun tak boleh juga sebab dah memang itu antara gejala-gejala menopause pun. Habis tu macam mana? Tak kan nak redha je kot? Idak le kan…

Situasi menopause yang biasa dialami

Tak pa. Jangan risau. Kita korek hal basic menopause ni pelan-pelan sama-sama ya…

Apa Itu Menopause, Apa Penyebabnya?

Menopause tiba dalam lingkungan usia 45-55 tahun.

Menopause adalah sebahagian dari proses penuaan. Ada yang panggil putus haid.

Bila kita semakin berumur, bilangan dan kualiti telur semakin merosot, tahap hormon berubah-ubah dan kitaran haid juga akan menjadi haywire, payah nak ramal sehinggalah ia berhenti sepenuhnya.

Kenapa Ada Yang Menopause Awal?

Gaya hidup atau lifestyle seseorang dan rawatan perubatan tertentu boleh menyebabkan atau dikaitkan dengan menopause awal, termasuk:

  • Merokok. On average, wanita yang merokok mencapai menopause 1½ tahun lebih awal daripada mereka yang tidak merokok. Jika seseorang wanita tu memang dah lama merokok atau jika semakin kuat dia merokok, maka semakin kuatlah kesan ini. Maksudnya memang kompom menopause awal!
  • Rawatan radiasi atau penyingkiran kelenjar pituitari.
  • Kemoterapi.
  • Rawatan radiasi atau rawatan lain pada perut atau pelvis yang boleh merosakkan ovari sehingga tidak berfungsi lagi.
  • Penyakit genetik dan autoimun (antaranya tiroid dan SLE).
  • Pembuangan kedua-dua ovari (oophorectomy), menyebabkan menopaus serta merta.
  • Lemak badan terlalu rendah.

Boleh baca lagi di sini…

Simptom-simptom Menopause

Simptom-simptom menopause

Tanda-tanda awal kita menghampiri menopause ialah kehadiran kitaran haid yang tidak seperti biasa. Mungkin semakin jarang, lebih heavy flow atau mungkin sedikit-sedikit.

Ni KakNjang senaraikan what to expect.

Jika ada mana-mana simptom tu datang, jangan lah panik. InsyaAllah ada yang kita boleh buat untuk mengurangkan masalah itu.

When it comes to aging, memang kita tak boleh nak stop the process.  But what we can do is, to delay the process and give us some times to adapt to our new fasa hidup.

simptom-simptom menopause

Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Tubuh kita kekurangan hormon wanita. Estrogen level drops. When it drops to a certain level, kita dah tak period lagi. The good news is, at this stage, kita akan punyai lower risk of certain types of cancers. But the bad news is, lower estrogen level boleh mengundang masalah lain pulak.

Antaranya:

  • Bone loss. Jisim tulang merosot, semakin kurang padat. Paras estrogen yang rendah selepas menopause mempercepatkan proses kemerosotan jisim tulang, meningkatkan risiko osteoporosis.
  • Skin changes. Perubahan pada struktur kulit. Estrogen yang rendah menyebabkan kolagen juga rendah. Kolagen merupakan blok binaan kulit dan tisu penghubung. Kulit akan lebih nipis, kering, berkedut selepas menopaus. Lapisan faraj dan saluran kencing juga nipis dan lemah. Keadaan ini boleh menyukarkan aktiviti seksual. Ia juga boleh meningkatkan risiko jangkitan faraj dan saluran kencing.
  • Tooth and gum changes. Struktur gigi dan gusi berubah. Paras estrogen yang rendah menjejaskan tisu penghubung atau connective tissue, yang akan meningkatkan risiko gigi rosak/gugur dan penyakit gusi.

And for some reasons, selepas menopause wanita lebih berisiko untuk mendapat sakit jantung. Because heart disease is the number one killer of women, pertimbangkan juga risiko sakit jantung bila nak mengubah gaay hidup atau bila nak pergi buat sesuatu rawatan.

Bila nak kena jumpa doktor? Kaknjang kata kena pi jumpa doktor kalau period tu abnormally banyak. Nak dengar kata pakar, baca sini… 

Treatment for menopause? Menopause ni natural aging process.  Nak treat apa nya… Jika nak menilai sesuatu cara tu adalah yang terbaik untuk atasi gejala menopause ni, sangat subjective. Lain orang lain caranya. Cuma bila the symptoms tu sungguh meresahkan dan mengganggu kehidupan seharian kepada sesetengah wanita, ada beberapa perubahan yang perlu diambil kira dengan serius.

Apa Yang Perlu Kita Buat? Bagaimanakah Cara Terbaik Untuk Atasi dan Hadapi Menopause?

Pertama sekali, kita perlu mulakan gaya hidup yang lebih sihat. Us 20 years back, tak sama macam kita sekarang. Banyak yang dah berubah, luar dan dalam. Kita dah menua. Terimalah hakikat tu. Dalam masa yang sama, fokus untuk capai Penuaan Sihat. Dengan menjalani gaya hidup sihat, kita akan dapat mengurangkan gejala menopause dan juga dapat mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan penuaan.

KakNjang kongsikan beberapa tips untuk atasi gejala menopause di sini:

Usaha lebih sikit untuk makan dengan lebih baik. Pilih Makanan Tinggi Nutrisi

Pilih diet yang menyihatkan jantung yang rendah lemak tepu, mengandungi banyak ikan, buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, dan bijirin juga roti serat tinggi.

Makan diet yang berkhasiat. Pastikan pemakanan kita mempunyai nilai kalsium dan vitamin D yang mencukupi untuk membantu tulang kekal kuat. Produk tenusu rendah lemak atau tanpa lemak adalah sumber kalsium yang hebat.

Namun ada yang tidak boleh minum susu, terutama mereka yang lactose intolerance. Pilihan alternatif, ambil dalam bentuk suplemen. Pilihan KakNjang OsteNutrix Shaklee.

Bersenam Lebih Kerap

Senaman yang lebih kerap dengan sokongan pemakan yang lebih sihat boleh membantu kita menguruskan berat badan, kawal selia hormon tubuh, memastikan jantung dan tulang kuat serta meningkatkan mood.

Tak perlu teruk-teruk. Memadai dengan briskwalk, yoga atau ikuti video senaman ringkas di YouTube untuk memastikan kita bergerak dan berpeluh setiap hari.

14 Tanda Kita Tak Cukup Bergerak | Azura Abdul

Jom tengok 14 tanda yang kita ni tak cukup bergerak di sini…

Hadkan Pengambilan Kafien dan Kurangkan Tekanan

Hadkan pengambilan kafein kerana kafein boleh mengganggu / menghalang serapan nutrisi. Belajar untuk menangani tekanan dengan bijak, atau jika boleh, kurangkan perkara-perkara yang memberi tekanan.

Tak cukup nutrisi, diikuti dengan tekanan bertimpa-timpa boleh memburukkan gejala menopause. Kurangkan kafein dan stress boleh membantu kita tidur lebih lena.

Tahap teruk sesuatu kerosakan daripada kesan tekanan kepada kesihatan bergantung kepada bagaimana kita bertindak menangani tekanan tersebut.

Jika Anda Perokok, Berhenti Merokok!

Berhenti merokok dapat mengurangkan masalah panas badan (hot flashes) dan risiko pelbagai penyakit untuk jangkamasa panjang.

Jadikan Soya Sebagai Sebahagian Daripada Diet Harian Anda

Terdapat satu unsur penting banyak didapati dalam soya, isoflavones. Phytoestrogen atau estrogen berasaskan tumbuhan, dari keluarga isoflavones membantu seimbangkan fungsi tubuh yang dahulunya diselenggara oleh estrogen.

soya. antara cara untuk atasi gejala menopause

Jika nak makan soya atas sebab kesihatan, cuba agihkan portion soya tu supaya kita makan sepanjang hari, bukannya sekaligus.

Cuba makan 40 mg hingga 80 mg isoflavon setiap hari. Dalam setiap 10gram protein soya, kita boleh dapat dalam 20 – 40 mg isoflavon.

Protein soya adalah berbeza daripada isoflavon soya. Makanan soya berprotein tinggi mungkin ada atau tidak isoflavon di dalamnya, atau mungkin berbeza nilai isoflavon bergantung kepada cara pemprosesan soya tersebut.

Soya datang dalam pelbagai bentuk, jadi kita ada banyak pilihan sebenarnya untuk tambah isoflavon soya ke dalam diet harian kita.

Pada KakNjang, cara paling mudah untuk dapatkan protein soya dengan nilai isoflavon yang tinggi dalam diet harian ialah dengan mengamalkan – serbuk protein soya Shaklee; ESP Shaklee.

Jom baca lagi di sini bagaimana ESP + GLA menyokong keseimbangan hormon wanita.

Suplemen Secara Bijak!

Selain dari protein soya, terdapat vitamin dan mineral lain yang tidak kurang pentingnya dalam usaha kita mencari cara terbaik untuk atasi gejala menopause. Sumber terbaik untuk vitamin dan mineral ialah buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

Walau kita tak mampu untuk mendapatkan 5 hidangan buah dan sayur segar setiap hari, boleh dapatkannya melalui pengambilan suplemen.

Antara vitamin lain tersebut termasuklah Vitamin B Complex, Vitamin C, Omega-3 dan Omega-6 (GLA).

Semoga perkongsian KakNjang ini bermanfaat buat semua pembaca. Semoga anda semua sihat sejahtera selalu.

AzuraAbdul.com | Penuaan Sihat Bermula Sekarang!

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *