Benarkah Vitamin C Mampu Mencegah Demam Dan Selsema?
Selalunya bila kita rasa macam nak demam, kita akan terus capai Vitamin C. Tidak kiralah dalam apa bentuk sekali pun, suplemen, jus, ubat hisap-hisap, minuman herba atau apa saja yang kita selesa. Tapi benarkah Vitamin C mampu mencegah demam dan selsema?
Sejak 1970an, Vitamin C diwartakan sebagai vitamin untuk merawat demam selsema. Namun tiada bukti yang menunjukkan bahawa Vitamin C sebenarnya merawat demam selsema.
Apa itu Vitamin C?
Vitamin C merupakan vitamin dan antioksida yang tubuh kita perlukan dan gunakan untuk pastikan tubuh kita sihat dan kuat. Vitamin C diperlukan dalam memastikan tulang, otot dan salur darah kita sentiasa dalam keadaan baik.
Vitamin C juga membantu dalam pembentukan kolagen – the human glue – yang memastikan setiap sesuatu berada di tempatnya.
Vitamin C diperlukan oleh tubuh dalam proses serapan zat besi – sangat penting untuk pembentukan sel darah merah.
Apakah Sumber Vitamin C?
Secara semulajadi boleh didapati dari sayur-sayuran dan buah-buahan terutama oren dan buah-buahan sitrus.
Vitamin C juga boleh diperolehi sebagai pemakanan tambahan dari sumber semulajadi – suplemen. Boleh didapati dalam bentuk pil yang ditelan atau dikunyah.
Persoalannya sekarang, benarkah Vitamin C mampu mencegah demam & selsema?
Sejak berkurun lamanya, banyak kajian telah dijalankan ke atas Vitamin C bagi membuktikan bahawa Vitamin C mampu merawat dan mencegah demam selsema. Walaubagaimana pun, tiada bukti yang menjurus kepada Vitamin C merawat dan mencegah demam selsema.
Selepas 60 tahun kajian klinikal ke atas Vitamin C, kajian mendapati bahawa:
- pengambilan Vitamin C bila dah demam tidak akan membuatkan tempoh demam selsema itu berkurangan atau kurang teruk.
- pengambilan Vitamin C secara teratur setiap hari mampu memendekkan tempoh demam selsema tersebut (8% untuk dewasa, 14% untuk kanak-kanak.
Sumber: WebMD.com
Saranan KakNjang
Untuk pilihan Vitamin C, anda boleh cuba vitamin C keluaran Shaklee:
- Vitamin C dengan sistem pelepasan berperingkat – membekalkan 100mg Vitamin C setiap jam selama 5 jam.
- Vitamin C kunyah – sesuai untuk kanak-kanak dan warga tua yang tidak mampu untuk telan pil.
Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat semua.
Tinggalkan Balasan