Benarkah Vitamin C Mampu Mencegah Demam Dan Selsema?

Benarkah Vitamin C Mampu Mencegah Demam Dan Selsema?

Selalunya bila kita rasa macam nak demam, kita akan terus capai Vitamin C. Tidak kiralah dalam apa bentuk sekali pun, suplemen, jus, ubat hisap-hisap, minuman herba atau apa saja yang kita selesa. Tapi benarkah Vitamin C mampu mencegah demam dan selsema?

Sejak 1970an, Vitamin C diwartakan sebagai vitamin untuk merawat demam selsema. Namun tiada bukti yang menunjukkan bahawa Vitamin C sebenarnya merawat demam selsema.

Apa itu Vitamin C?

Vitamin C merupakan vitamin dan antioksida yang tubuh kita perlukan dan gunakan untuk pastikan tubuh kita sihat dan kuat. Vitamin C diperlukan dalam memastikan tulang, otot dan salur darah kita sentiasa dalam keadaan baik.

Vitamin C juga membantu dalam pembentukan kolagen – the human glue – yang memastikan setiap sesuatu berada di tempatnya.

Vitamin C diperlukan oleh tubuh dalam proses serapan zat besi – sangat penting untuk pembentukan sel darah merah.

Apakah Sumber Vitamin C?

Secara semulajadi boleh didapati dari sayur-sayuran dan buah-buahan terutama oren dan buah-buahan sitrus.

Vitamin C juga boleh diperolehi sebagai pemakanan tambahan dari sumber semulajadi – suplemen. Boleh didapati dalam bentuk pil yang ditelan atau dikunyah.

Persoalannya sekarang, benarkah Vitamin C mampu mencegah demam dan selsema?

Sejak berkurun lamanya, banyak kajian telah dijalankan ke atas Vitamin C bagi membuktikan bahawa Vitamin C mampu merawat dan mencegah demam selsema. Walaubagaimana pun, tiada bukti yang menjurus kepada Vitamin C merawat dan mencegah demam selsema.

Selepas 60 tahun kajian klinikal ke atas Vitamin C, kajian mendapati bahawa:

  • pengambilan Vitamin C bila dah demam tidak akan membuatkan tempoh demam selsema itu berkurangan atau kurang teruk.
  • pengambilan Vitamin C secara teratur setiap hari mampu memendekkan tempoh demam selsema tersebut (8% untuk dewasa, 14% untuk kanak-kanak.

Sumber: WebMD.com

Benarkah Vitamin C Mampu Cegah Demam Selsema?

Saranan KakNjang

Untuk pilihan Vitamin C, anda boleh cuba vitamin C keluaran Shaklee:

Bilakan waktu terbaik untuk ambil vitmin c?

Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat semua.

AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *