Cara Mengatasi Masalah Pengecutan Otot Warga Emas
Cara mengatasi masalah pengecutan otot di kalangan warga emas melibatkan perubahan gaya hidup yang lebih sihat. Tumpuan diberikan kepada 3 langkah berikut:
1 – Bersenam
Bila kita bercakap tentang otot, ada pepatah menyatakan: Use it or lose it! Ini adalah sangat benar kerana otot perlu digerakkan dan digunakan bagi memastikan ia sentiasa kuat dan berfungsi dengan baik. Bila otot tidak digunakan, otot akan mengecut.
Latihan kekuatan dan rintangan boleh meningkatkan saiz otot, kekuatan dan keanjalannya. Ia juga boleh menguatkan tulang, ligamen dan tendon, baik untuk kesihatan secara menyeluruh. Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), seseorang warga emas perlu melakukan aktiviti fizikal yang boleh menguatkan otot sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Mereka perlu menggunakan semua kumpulan otot utama, termasuk kaki, lengan, dada, bahu, belakang dan perut.
Paling tidak pun, keluarlah bersiar-siar menghirup udara segar bersama keluarga.
2 – Pemakanan
Pemakanan yang seimbang adalah penting untuk merawat pengecutan otot. Ia mungkin dapat menghalang atau menangguhkan pengecutan otot.
Pengambilan protein yang mencukupi adalah sangat penting dalam mencegah pengecutan otot. International Osteoporosis Foundation (IOF) mengesyorkan agar warga tua makan 1.0-1.2 gram protein setiap kilogram berat badan setiap hari.
Untuk sumber protein berasaskan haiwan, USDA mengesyorkan pilihan ayam tanpa kulit dan potongan daging lembu.
Makanan laut, seperti ikan trout dan salmon, juga boleh menjadi sumber protein yang baik, manakala tauhu, kacang merah, kacang, dan quinoa adalah sumber protein yang popular untuk orang yang tidak makan daging.
3 – Suplemen dengan bijak
Mengambil suplemen tertentu dapat membantu tingkatkan kekuatan otot. Bergantung kepada pemakanan sahaja sering kali tidak mencukupi.
Protein merupakan macronutrient penting dalam pembentukan setiap tisu dalam badan termasuklah otot. Pengambilan serbuk protein yang baik dapat membantu tingkatkan kekuatan dan jisim otot tanpa lemak tidak kira usia.
ESP – serbuk protein soya Shaklee merupakan serbuk protein soya berkualiti tinggi, NON-GMO, GI rendah, sesuai untuk pemakanan tambahan warga tua yang cenderung kepada penyakit kencing manis. Kenapa warga tua perlu amalkan ESP? Baca di sini…
Pengambilan vitamin D dan gabungan kalsium-magnesium juga membantu dalam memastikan kesihatan tulang dan otot kerangka yang kuat. OsteNutrix Shaklee ada kesemuanya dalam satu tablet.
Sekiranya warga tua itu kurang selera makan, bekalkan dia dengan Meal Shakes Shaklee bagi membantu tingkatkan selera makan.
Sebelum mengambil apa-apa suplemen, sila berbincang terlebih dahulu dengan doktor yang biasa dilawati. Lain individu mungkin lain keperluan nutrisinya terutama bila melibatkan cara untuk mengatasi masalah pengecutan otot di kalangan warga emas.
Pengajarannya: Walau penuaan tidak dapat dielakkan, pengecutan otot tidaklah suatu kemestian untuk semua warga emas. Ubah gaya hidup kepada yang lebih baik dari sekarang. Walaupun pengecutan otot telah berlaku, dengan mengubah gaya hidup yang lebih baik sedikit sebanyak dapat memperbaiki keadaan dan mengurangkan risiko jatuh dan terlantar di atas katil.
Jom ketahui punca dan kesan pengecutan otot di sini…
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.