Keadaan Klinikal Pesakit COVID-19 Semasa Dikesan

Keadaan klinikal pesakit covid-19 semasa dikesan positif

Pernahkah kita terfikir? Bagaimanakah keadaan klinikal pesakit COVID-19 semasa dikesan sebagai positif? KakNjang ada dengar-dengar sahaja dari kawan-kawan dan dari group whatApp yang KakNjang sertai. Sekadar ambil tahu, tidak berani untuk berkomentar.

Baru-baru ini KakNjang terbaca satu hasil kajian yang berkaitan…

keadaan klinikal pesakit covid-19 semasa dikesan positif
Keadaan Klinikal Pesakit COVID-19 Semasa Dikesan

Berikut adalah hasil kajian Institut Penyelidikan Klinikal, KKM, melibatkan 5,889 pesakit ketika mereka dikesan positif #COVID19.

  • 31.6% bergejala tetapi tiada radang paru-paru.
  • 13.6% mengalami radang paru-paru tanpa sesak nafas.
  • 3.5% radang paru-paru dengan sesak nafas.
  • 1.1% sakit tenat
  • 50.2% tidak bergejala.

1 daripada 2 pesakit COVID-19 adalah tidak bergejala ketika mereka dikesan positif. Maksudnya, sesiapa sahaja mungkin telah dijangkiti oleh COVID-19 dan sesiapa juga boleh menjangkiti orang lain tanpa disedari. Termasuklah kita sendiri!

Gejala yang paling kerap dikesan adalah batuk, demam dan sakit tekak. Ini menjawab kepada soalan kenapa jika kita ke klinik, soalan itu yang ditanya terlebih dahulu. Dan jika kita nak buat swab test sendiri di mana-mana kaunter drive thru atau klinik dan hospital swasta, jika ada yang batuk, demam atau sakit tekak, kita akan disuruh untuk terus ke hospital kerajaan untuk buat swab test tersebut.

Inilah sebab kenapa kita perlu kekal berada di rumah jika tiada sebarang keperluan atau kecemasan. Supaya kita tidak dijangkiti mahupun menjangkiti. Seperti yang dinasihatkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan kita, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berulang-ulang kali. “…rakyat Malaysia yang tiada urusan penting di luar dinasihatkan duduk di rumah.”

Saranan KakNjang:

Namun kita tidak perlu berada dalam ketakutan setiap masa. Ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan bagi memastikan kita dapat putuskan rantaian COVID-19.

Ambil langkah-langkah pencegahan seperti yang disarankan oleh pihak berkuasa:

  • Amalkan 3W – Kerap cuci tangan (Wash), pakai mask bila berada di tempat awam (Wear) dan peka dengan amaran (Warn)
  • Elakkan 3S – tempat Sesak, tempat Sempit dan tertutup, Sembang dekat-dekat

Bagi memastikan imun tubuh KakNjang dan keluarga sentiasa di tahap tinggi, KakNjang cuba pastikan setiap hari kami sekeluarga makan makanan sihat yang seimbang, bersenam dan mengamalkan suplemen seperti Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E juga minyak ikan Omega-3.

Set Perlindungan Kesihatan Shaklee
Perlindungan Kuat, Kesihatan Lebih Baik!
Kajian kesan vitamin c ke atas pesakit covid-19 di ICU
Kesan Vitamin C ke atas pesakit COVID-19 di ICU

Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat anda semua.

KakNjang Azura Abdul – Pengedar Sah Shaklee Melaka, Malaysia
Rakan Sihat Anda
Penuaan Sihat Bermula Sekarang
019-668 6767 (WhatsApp)

Pengedar Shaklee Malaysia

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *