5 Tanda Badan Kurang Air | Dehidrasi

5 Tanda adan Kurang Air | Azura Abdul

60% daripada badan anda terdiri daripada air, oleh itu pastikan badan sentiasa terhidrat, cukup air untuk fungsi tubuh yang optimum. Di sini KakNjang kongsikan dengan anda 5 tanda badan kita kurang air.

5 Tanda Badan Kita Mengalami Dehidrasi atau Kurang Air

Otak memerlukan air yang cukup untuk berfungsi dengan baik. Sekiranya dehidrasi berlaku, anda akan sedar bahawa fungsi kognitif atau mood anda akan berubah dan mungkin menyebabkan anda menjadi keliru atau tidak fokus.

Apabila anda dehidrasi, anda mungkin mengidam sesuatu yang manis kerana tubuh anda memerlukan bantuan menghasilkan glikogen, suatu bentuk karbohidrat yang disimpan dan digunakan oleh tubuh sebagai
bahan bakar.

Tips: Minum air segelas besar atau makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi banyak air.

Ketahui lebih lanjut 7 Sebab Kenapa Perlu Minum Lebih Air Kosong di sini.

Air membantu tubuh anda mengawal kadar gula dalam darah dan oksigen yang membantu anda berasa bertenaga.

Tanpa pengambilan air yang secukupnya, badan anda tidak boleh memproses nutrien secara optimum, yang menyebabkan keletihan dan pening.

Dehidrasi menurunkan tekanan darah, menjadikan jantung bekerja lebih kuat, di mana ia memberi kesan kepada seberapa banyak anda boleh melakukan senaman.

Dehidrasi melebihi 5 peratus menurunkan keupayaan bersenam sebanyak hampir 30 peratus!

Tips: Kekal terhidrat sebelum, semasa dan selepas bersenam!

Dehidrasi membuang elektrolit daripada badan menjadi tidak seimbang, mengakibatkan tekanan darah yang lebih rendah.

Ini memberi ketegangan tambahan pada pelbagai bahagian badan termasuk jantung. Akibatnya, anda mungkin berasa jantung berdegup kencang atau mempunyai kadar denyutan yang tidak normal.

Tahukah Anda?

Cara mudah untuk melihat jika badan kita kurang air ialah dengan melihat warna air kencing kita sendiri 😉

Badan tak cukup air? Tengok kencing | Azura Abdul

Bila badan kurang air, penyelesaiannya adalah MINUM AIR 😀 dapatkan dalam 2-3L air kosong setiap hari.

Kita juga boleh dapatkan air dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi banyak air.

Pilihan terbaik lain ialah dengan mengambil minuman tenaga Shaklee (Performance Drink) yang mampu membekalkan tubuh dengan kesemua 6 elektrolit perlu oleh tubuh untuk mengekalkan air dalam badan kita.

Minum Performance Drink Shaklee dan Kekal Terhidrat!

  • Dengan OPTI-LYTEâ„¢, campuran elektrolit proprietari ditambah campuran unik karbohidrat.
  • Memberi tenaga segera dan berterusan.
  • Menyokong penghidratan optimum.
  • Dalam perasa Oren atau Lemon-Lime yang enak.

Baca di sini: Koleksi Resepi Air Sedap Performance Drink!

Promo Shaklee Jun 2022 | Beli 1 Percuma 1 Performance Drink | Azura Abdul

Berita Baik!

Sekarang Performance Drink perisa Lemon-Lime tengah offer! Beli 1 percuma 1. Siapa nak bagi free?! Hanya di Shaklee!

Ketahui lebih lanjut Kenapa Semakin Berusia Semakin Kita Perlu Minum Lebih Kerap di sini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus wasap KakNjang di 0196686767 atau klik pada gambar untuk pautan wasap.

Pengedar Shaklee Malaysia

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *