Penuaan Sihat Bermula Dengan Detox!

Perkara paling penting bagi KakNjang ialah Penuaan Sihat. Dan fokus KakNjang adalah untuk itu. Jika anda belum baca tentang kenapa KakNjang pilih penuaan sihat, boleh baca di sini. Untuk mencapai penuaan sihat, perkara utama yang perlu kita jaga seharusnya bermula dari perut dengan proses detox yang berkesan.
Apa Itu Detox?
Detox merupakan proses semulajadi tubuh untuk menyingkirkan toksin dari tubuh. Biarpun dalam keadaan normal dan sihat, tubuh kita akan terus cuba untuk detox kesemua benda yang terdedah kepada toksin bagi memastikan ianya kekal bersih. Tubuh kita boleh mendetox dengan sendirinya kerana tubuh kita telah dilengkapkan dengan organ yang membantu proses detox.
Organ tersebut termasuklah hati, usus (termasuk kolon), buah pinggang, pundi kencing, paru-paru, sistem limpa, dan kelenjar peluh. Organ-organ ini berfungsi untuk membersihkan tubuh kita (detox) bagi memastikan kita kekal sihat. Malahan kulit kita juga menyingkirkan toksin melalui peluh.
5 Sumber Toksin Dalam Badan Kita
Terdapat banyak toksin yang wujud di dalam persekitaran kita, yang datangnya secara semula jadi daripada kandungan bahan kimia dan tiruan; lihat saja pada udara yang kita hirup, air yang kita teguk, peralatan dan perkakas yang kita sering gunakan, juga tempat yang kita selalu berada dan kita akan sedar kehadiran unsur yang bukan semulajadi atau tidak berkhasiat. Toksin! Secara tidak sedar, toksin-toksin ini, menjadikan tubuh kita sebagai perumah dan kemudiannya merubah cara ianya berfungsi dengan menjadi yang lebih teruk! Pencemaran dan kesannya
seringkali dikaitkan kepada berbagai masalah perubatan malahan meningkatkan risiko diserang pelbagai jenis penyakit.
1. Pemakanan
Makanan yang diproses, mengandungi bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan dan racun serangga biasa terdapat di dalam hidangan harian kita dan ini mendedahkan kita kepada bahan kimia dan toksin.
2. Udara
Pencemaran udara yang sering terjadi seperti jerebu meningkatkan lagi risiko rakyat Malaysia diserang penyakit seperti semput, jangkitan pada saluran pernafasan, fungsi paru-paru menjadi terhad dan juga kegatalan pada mata dan kulit.
3. Air
Hujan asid, sisa dari pencemaran tanah, dan pelupusan sisa buangan secara besar-besaran telah mencemarkan air kita. Air paip biasa berkemungkinan mengandungi bahan kimia juga besi yang merbahaya dan yang mampu memberi kesan kepada kesihatan seperti tumbesaran terbantut, dan kerosakan organ dalaman.
4. Gaya hidup
Ada juga toksin yang kita sendiri pilih! Rokok, alkohol berlebihan dan pemakanan yang tidak seimbang adalah antara pilihan salah yang telah kita pilih dan menyebabkan toksin menjadi lebih banyak dari yang sedia ada.
5. Tubuh kita sendiri!
Setiap hari, tubuh kita juga menghasilkan toksin. Seiring dengan fungsinya untuk menghasilkan tenaga untuk melakukan kerja seharian atau senaman serta aktiviti lain, turut mengeluarkan toksin. Tekanan dan bebanan ini mengakibatkan tubuh badan manusia menghasilkan toksin dengan sendirinya.
Apakah Itu Yang Dikenali Sebagai Program Detox Yang Berkesan?
Sesuatu diet tidak akan mengubah cara bagaimana tubuh berfungsi menyingkirkan bendasing atau toksin atau racun keluar dari tubuh kita. Akan tetapi, sesuatu program detox yang berkesan hendaklah mampu menyokong setiap fungsi organ detox untuk berfungsi menyingkirkan toksin dari badan dengan lebih berkesan.
Shaklee sokong proses detox sihat ini melalui beberapa siri program detox seperti Detox The Shaklee Way, Detox Ramadhan dan kini Shaklee tampilkan pula program detox yang lebih menyeluruh, PSL Challenge!
Shaklee bukan semata-mata muncul dengan detox program hanya kerana ramai yang inginkan berat badan yang ideal. Tetapi Shaklee menyokong program detox ini bermula dengan melakukan beberapa pilot program dan kajian unggul (The Landmark Studies) untuk capai penuaan sihat sebelum dibentangkan pelan sokongan dari segi Menu Pemakanan Harian 7-hari untuk perut yang selesa dan disokong dengan suplemen yang sangat membantu sepanjang program detox ini.
Terkini – Program PSL Challenge Dari Shaklee
Program dari Shaklee – Prove IT , Live IT, Share IT Challenge (Cabaran Buktikan, Amalkan dan Kongsikan) baru dilancarkan pada hujung bulan September 2019. Program ini akan berlanjutan sehingga penghujung November 2019. Bertujuan untuk mengajak semua rakyat Malaysia menjalani hidup yang lebih sihat, cergas dan fokus dalam masa 30 hari.



Pertama: Pilih tarikh/hari yang sesuai untuk set sebagai hari pertama program detox anda.
Macam KakNjang, hari yang paling sesuai untuk memulakan detox ialah hari Isnin.
Kenapa?
Dalam program detox yang dirancangkan oleh Shaklee, detox extreme adalah pada 3 hari pertama sahaja. Selepas itu keadaan menjadi semakin relax.
Maka hujung minggu, day 6 & 7 akan menjadi hari suku-suku-separuh KakNjang. Family day! Cheat Day! Yeay!!!

Kedua: Cari kawan untuk sama-sama jalani program ini.
Macam KakNjang, KakNjang join support group dari GengDetox.
Jom sertai KakNjang, anda juga boleh sama-sama sertai support group besar GengDetox ini.


Ketiga: Mula untuk kurangkan pengambilan kopi, minuman ringan bergas bergula, alkohol, kurangkan makanan berkanji, berlemak, kurangkan pengambilan garam dan gula.
Bunyi macam agak sukar, bukan?
Tapi hati perlu kental.
Demi hidup yang lebih sihat!


Keempat: Mula untuk penuhkan peti sejuk dengan sayur-sayuran mentah dan buah-buahan segar.
Ini merupakan cabaran berikutnya setelah kita tinggalkan semua kegemaran kesayangan perut kita.
Peti sejuk kita mungkin tidak pernah nampak hijau sebelum ini. Tetapi kali ini pastikan ianya penuh dengan sayur dan buah-buahan segar. Dan pastikan juga kita habiskan semuanya dan tidak biarkan semuanya layu dan rosak!
Kelima: Pastikan anda kekal dalam kumpulan sokongan yang aktif meneruskan gaya hidup sihat, cara pemakanan sihat.

Perancangan kita dah susun dengan sangat cantik. Jom mulakan PROGRAM DETOX 7 HARI kita!

Mai KakNjang bagi ringkasan sikit apa yang berlaku, apa dan bagaimana anda makan dalam program detox 7-hari ni sampai nak kena penuhkan peti sejuk dengan hijau…
Program Detox 7-Hari (Ringkasan)
Hari 1: sayur hijau berdaun mentah.
Hari 2: sup sayur hijau berdaun dan tidak berdaun.
Hari 3: sayur mentah pelbagai warna berdaun dan tidak berdaun.
Hari 4: menu sayur, tambah protein untuk makan malam.
Hari 5: menu sayur, tambah protein untuk makan tengahari dan malam.
Hari 6: menu sayur dan protein, tambahan karbo untuk makan malam.
Hari 7: menu suku-suku-separuh.
Program DETOX 7-Hari bantu set semula sistem tubuh kita supaya berasa lebih sihat dan bertenaga dalam masa 7 hari!
Apa sahaja matlamat kita, samada menurunkan berat badan, lebih bertenaga, lebih cergas, atau kawal keadaan kesihatan, mulakan dengan DETOX YANG SIHAT dan diteruskan dengan NUTRISI LENGKAP.

Dengan mengurangkan toksin dalam badan, badan kita akan menyerap nutrien dengan lebih efisyen, memberi nutrisi/khasiat dan suplemen dengan lebih baik, dan kita akan berasa lebih sihat , lebih bertenaga, lebih focus, lebih hebat!
Dan apabila detox berjalan dengan lancar dan tubuh mendapat khasiat yang lengkap, kita akan bermula menikmati KESIHATAN YANG LEBIH BAIK, PENUAAN YANG SEMAKIN SIHAT!

Selesai detox 7-hari, mulai hari ke-8 dan seterusnya, berikan khasiat kepada badan dengan set keperluan harian agar badan sentiasa berasa hebat!


Kenapa perlu diteruskan dengan Set Keperluan Harian?
Set Keperluan Harian membekalkan nutrisi berspektrum lengkap dengan vitamin, mineral, antioksidan, fitonutrien, asid lemak omega-3 yang disokong secara klinikal untuk membantu kita rasa lebih sihat, lebih bertenaga dan lebih fokus untuk membina asas kehidupan yang lebih sihat.
Ia direka berdasarkan Kajian Unggul – The Landmark Studies.
