Apa Itu Detox, KakNjang?

Apa itu detox

Detox. Apa itu detox? Selalunya bila orang sebut detox, mesti yang terlintas difikiran ialah keadaan membuang yang sangat menyiksakan, sampai ada yang letih memikirkannya.

Mungkin itu maksud detox untuk anda. Tapi pada KakNjang, membuang itu hanya sebahagian dari detox. Membuang yang macam mana? Ha… itu persoalan lain pulak.

Pagi ni KakNjang cuma nak kongsi sedikit apa itu detox pada KakNjang.

Detox ni sebenarnya ialah proses semulajadi tubuh untuk menyingkirkan segala macam toksik dari badan kita. Perkumuhan. Pembuangan. Buang kot mana? Pun persoalan lain juga hehehe.

Kita tak perlu nak kata apa pun sebenarnya, badan kita memang berterusan detox 24/7. Selagi kita bernafas, selagi itulah badan kita detox. Bernafas merupakan salah satu proses detox. Itu paling basic.

The only time your body is not detoxing is when you stop breathing! You’re dead. The end.

Apa lagi proses detox yang kita boleh perasan, sedar dan rasa selain dari bernafas? Kentut, sendawa, perkumuhan (buang air besar atau kecil), perpeluhan juga merupakan sebahagian dari proses detox tubuh.

Sebahagian? Ada lagi ka KakNjang? Ada.. jangan risau!

Apa yang kita tak rasa dan sedar ialah bagai mana paru-paru, hati dan ginjal kita berfungsi menapis segala apa yang kita hela, yang kita sedut, yang kita makan, yang kita masukkan ke dalam tubuh kita.

It’s like the functions of the air filter, oil filter and water filter to our car, more or less. But the thing is; we could always replace those filters easily. The spare parts are sold everywhere. All you need to do is to go and buy them, replace them. You are done! But you could never do that to our body. There’s no spare parts of your detox organs sold anywhere out there.

Ok. KakNjang speaking London lagi… bila dah masuk mode omputih tu maksudnya penting sangatlah point tu. Seriously, memang sangat penting.

Bagaimana kita nak cuci semua organ-organ detox tubuh ni? Nak tak nak kita kena buat dari dalam. Which is… MAKAN! Makan untuk BERSIHKAN organ detox. Makan untuk bantu tubuh DETOX dengan lebih sempurna.

Jadi, apa itu detox pada KakNjang? Detox pada KakNjang ialah pemakanan yang betul. What to eat. How much to eat. How to cook. When to eat. Semua tu mempengaruhi DETOX tubuh kita.

Untuk membantu dalam proses detox, KakNjang sokong dengan Set Detox Shaklee. Sebabnya, dalam tempoh berdetox terutama program detox extreme 7 hari, kita akan kekurangan banyak nutrisi penting. Untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, KakNjang support proses detox dengan suplemen semulajadi yang terbaik dari Shaklee.

Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat semua.

AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Dari Sekarang!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *