Siapa Perlukan Lebih Protein?

Sebelum kita nak tahu siapa yang perlukan lebih protein dalam pemakanan harian mereka, mari kita Kenali ESP – Protein Soya Shaklee!

Tidak dinafikan bahawa protein memainkan pelbagai peranan penting terhadap tubuh badan. Bermula dari penghasilan sel kepada perkembangan otot, kulit, rambut dan juga kuku, tubuh kita memerlukan protein untuk mengekalkan fungsi normal tubuh yang optimum.

Walaubagaimanapun, keperluan protein harian kita bergantung kepada tubuh dan aktiviti fizikal masing-masing.

Siapakah yang perlukan lebih protein? Adakah anda salah seorang daripada mereka?

SIAPA PERLUKAN PROTEIN? – AHLI BINA BADAN / AHLI SUKAN

Otot perlukan sokongan semasa anda melakukan latihan rintangan.

Siapa Perlukan ESP?

Ambil lebih banyak protein untuk:

  • Membina semula dan memperbaiki otot.
  • Membina otot tanpa lemak untuk tubuh badan lebih kuat, lebih cepat dan cergas.

TIP: Untuk kesan yang lebih baik, ambil minuman/ makanan berprotein sebelum dan selepas senaman.

SIAPA PERLUKAN PROTEIN? – BAKAL IBU

Apa yang baik untuk ibu juga baik untuk bayi.

Siapa Perlukan ESP?

Ambil lebih protein untuk:

  • Menyokong pertumbuhan sel bayi yang sihat.
  • Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga di mana bayi mengalami proses perkembangan yang cepat.
  • Membantu bakal ibu meningkatkan otot tanpa meningkatkan lemak.

SIAPA PERLUKAN PROTEIN? – IBU YANG MENYUSUKAN BAYI

Siapa Perlukan ESP?

Ibu yang menyusukan bayi memerlukan dua kali ganda lebih protein berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi.

Ambil protein untuk:

  • Mengekalkan kesihatan ibu untuk penghasilan susu ibu.
  • Pertumbuhan dan perkembangan optimum bayi kerana protein adalah antara komponen penting di dalam susu ibu.

SIAPA PERLUKAN PROTEIN? – MEREKA DI PERTENGAHAN USIA

Apabila anda memasuki usia pertengahan, badan anda mengalami penurunan dalam prestasi termasuk kehilangan otot, adalah antara isu yang akan dialami.

Ambil lebih banyak protein untuk:

  • Melambatkan penuaan dengan menggabungkan pengambilan protein dengan senaman untuk mengekalkan jisim otot dan kecergasan.
  • Risiko yang lebih rendah terhadap masalah kesihatan berkaitan dengan jantung seperti kolesterol tinggi.
Siapa Perlukan ESP?

TIP: Tambah 25g protein soya ke dalam diet harian anda kerana ia telah dibuktikan mampu untuk mengurangkan risiko paras kolesterol yang tinggi.

SIAPA PERLUKAN PROTEIN? – MEREKA YANG MENJAGA BERAT BADAN

Siapa Perlukan ESP?

Seseorang yang mengalami kadar metabolisme tinggi membakar lebih banyak kalori berbanding dengan seseorang dengan kadar metabolisme yang rendah.

Ambil lebih banyak protein untuk:

  • Meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama.
  • Membantu mengawal pengambilan kalori untuk pengambilan makanan seterusnya.
  • Mengekalkan jisim otot kerana lebih banyak otot anda, lebih tinggi kadar metabolisme anda.

SIAPA PERLUKAN PROTEIN? – PENGGEMAR MANISAN

Pemakanan yang tinggi dengan gula membawa kepada peningkatan paras gula dalam darah, di mana ia akan mempengaruhi fungsi jantung dan menyebabkan keradangan dalam badan.

Ambil lebih protein untuk:

  • Menstabilkan paras gula dalam darah.
  • Membantu mengurangkan keradangan, paras kolesterol dan kepekaan insulin.
Siapa Perlukan ESP?

BAGAIMANA UNTUK TINGKATKAN PENGAMBILAN PROTEIN?

Jika anda adalah salah seorang daripada golongan di atas, cara yang paling mudah untuk anda tingkatkan pengambilan protein anda adalah melalui pengambilan serbuk protein.

Ini contoh sarapan mak KakNjang di kampung.

Hanya campurkan dengan minuman kegemaran anda atau anda boleh gabungkannya dengan buah kegemaran anda untuk sarapan yang lebih sihat.

Artikel Berkaitan:
– Protein Soya Untuk Bapa Yang Sibuk Bekerja!
– Protein Soya Untuk Atok dan Nenek Kembali Bersemangat!
– Protein Soya Untuk Wanita Yang Sibuk
Cara Minum ESP Shaklee Supaya Sedap

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *