12 Tabiat Buruk Yang Menjadi Punca Perut Buncit!

Buncit akan meningkatkan risiko pelbagai penyakit. Kita boleh mencegahnya dengan mengelakkan diri dari melakukan 12 tabiat harian berikut yang menjadi punca perut buncit.

12 Punca Perut Buncit Akibat Tabiat Buruk Harian Kita:

Makan Sambil Melakukan Aktiviti Lain

Bila tak fokus ketika makan, kita akan cenderung kepada makan berlebihan, yang menjadi punca kepada perut buncit.

Makan sambil menonton antara tabiat buruk punca perut buncit

Contohnya, makan sambil menonton rancangan kegemaran atau sambil scroll telefon bimbit melayan TikTok.

Makanlah dalam keadaan sedar, kunyah dengan perlahan supaya kita dapat menikmati setiap makanan yang masuk ke dalam mulut.

Bila kita sedar dan berhati-hati semasa makan, semakin kecil kebarangkalian untuk kita makan berlebihan.

Makan Terlalu Cepat

Otak kita mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menerima mesej dari perut bahawa ia sudah penuh.

Makan terlalu cepat antara tabiat buruk punca perut buncit

Bila kita makan terlalu cepat, kita akan terlebih makan, melebihi tahap yang diperlukan oleh badan kita.

Bila kita makan dengan perlahan dan tenang, pengambilan kalori jadi berkurangan. Dan dapat menghalang kenaikan berat tambahan, sekali gus dapat elakkan dari perut buncit.

Tidur Tak Betul

Dalam satu kajian, orang dewasa di bawah umur 40 tahun yang tidur kurang daripada 5 jam semalam mendapat lebih banyak lemak perut (buncit) berbanding mereka yang mendapat lebih banyak tidur.

Tapi bila kita kurang tidur, jangan lah pulak suka-suka nak tidur lebih-lebih!

Bila kita tidur lebih daripada 8 jam semalam pun boleh memberi kesan buncit yang sama.

Tidur Tak Betul antara tabiat buruk punca perut buncit

Makan Lewat Sebelum Tidur

Bila kita makan lambat kemudian terus tidur, badan kita tak sempat nak proses makanan tadi ke dalam bentuk yang diperlukan.

Makan lewat malam atau sebelum tidur antara tabiat buruk punca perut buncit

Akibatnya, perut buncit!

Tabiat makan yang baik: makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum tidur.

Contoh, jika kita biasa tidur pukul 10pm, pastikan last meal kita adalah sebelum 7pm.

Dengan cara ini, kita memberi masa untuk sistem penghadaman kita memproses makanan tadi kepada tenaga dan bentuk yang diperlukan tubuh.

Makan Roti Putih

Bijirin halus dalam roti putih dan makanan diproses lain sangat kurang serat yang lambat dihadam tu (fiber jadikan sesuatu makanan lebih rendah Indeks Glisemik).

Jadi, badan kita mencerna roti putih dengan lebih cepat (Indeks Glisemik dah tinggi). Ini akan meningkatkan gula darah kita. Lama kelamaan boleh menyebabkan penambahan berat badan.

Makan roti putih antara tabiat buruk punca perut buncit

Sebaiknya, pilih karbohidrat dengan bijirin penuh.

Minum Soda Versi Diet

Minum minuman soda biasa atau versi diet antara tabiat buruk punca perut buncit

Tanggapan kita, bila kita bertukar daripada minum air soda biasa kepada versi diet, kita dah berjaya mengurangkan pengambilan kalori dan mengurangkan penambahan berat badan.

Tapi saintis dah buat kajian dan tanggapan kita meleset jauh tersimpang!

Aspartam, sejenis pemanis tiruan yang terdapat di dalam kebanyakan air soda diet, sebenarnya meningkatkan pengumpulan lemak di bahagian perut.

Lupakan sahaja air soda terus! Dahaga, minum air je!

Untuk pilihan yang lebih sihat dengan kesemua 6 elektrolit perlu untuk mengekalkan bendalir dalam tubuh, cuba Performance Drink Shaklee.

Tidak Bersarapan!

Tahukah anda? Bila kita pilih untuk tidak bersarapan, kita akan 4½ kali lebih cenderung untuk menjadi obes?

Skip sarapan antara tabiat buruk punca perut buncit

Bila kita skip waktu makan, kita akan menyebabkan metabolisma tubuh semakin rendah.

Tabiat ini akan menjadikan kita lebih cenderung untuk makan berlebihan pada waktu makan yang berikutnya sebab terlalu lapar.

Jom baca lagi tentang Kenapa Sarapan Pagi Itu Sangat Penting!

Memilih Makanan Rendah-Lemak Atau Tanpa Lemak

Suatu amalan yang bagus bila kita dapat kawal pengambilan lemak dalam diet harian kita.

Makan makanan low-fat dan no-fat antara tabiat buruk punca perut buncit

Tetapi makanan yang dikurangkan lemak dan gula selalunya lebih tinggi karbohidrat.

Makanan tinggi karbohidrat boleh meningkatkan trigliserida (lemak dalam darah), meningkatkan sensitiviti insulin dan meningkatkan lemak di bahagian perut.

Merokok!

Semua sedia maklum. Merokok Membahayakan Kesihatan! Tapi tak semua tahu yang kesan buruk akibat merokok berpusat di bahagian perut kita.

Lebih banyak kita merokok, lebih banyak lemak terkumpul di bahagin perut berbanding peha dan pinggul.

Merokok antara tabiat buruk punca perut buncit

Makan Dalam Pinggan Besar

Senang bukan? Tak payah nak pening-pening kapla!

Makan guna pinggan besar antara tabiat buruk punca perut buncit

Guna pinggan yang lebih kecil, dan jika ada, guna sudu kecil juga. Dengan cara ini kita dapat tipu otak kejap yang kita dah makan cukup banyak.

Walaupun kita menggunakan kaedah pinggan sihat Malaysia suku-suku-separuh, tapi bila makanan tu tersusun dalam pinggan yang besar, kita akan cenderung untuk menghabiskan kesemuanya.

Akibatnya, kita dah makan lebih daripada kuantiti yang sepatutnya.

Tidak Cukup Bergerak

Tidak cukup bergerak antara tabiat buruk punca perut buncit

Sains itu pasti: Aktiviti fizikal adalah kunci kepada kesihatan.

Sasarkan selama 30 minit pergerakan intensiti sederhana setiap hari, dan pinggang kita akan mengecil (dan otot anda akan membesar), walaupun berat badan kita kekal sama.

Ketahui 14 Tanda Kita Tak Cukup Bergerak di sini…

Sering Tertekan

Bila kita stress, tubuh akan mengeluarkan hormon yang dipanggil kortisol ke dalam badan. Tahap kortisol yang lebih tinggi boleh menyebabkan penambahan berat badan, terutamanya berat lemak viseral yang tersimpan di bahagian perut kita.

Amalkan teknik relaksasi seperti pernafasan dalam dan meditasi, untuk membantu bertenang dan mengurangkan tekanan.

Sering tertekan  antara tabiat buruk punca perut buncit

Stress yang berlarutan boleh menyebabkan anxiety dan depression. Untuk elakkan itu dari terjadi, jom amalkan beberapa tips berikut…

Rujukan: WebMD

AzuraAbdul.com | Penuaan Sihat Bermula Sekarang!

September 7, 2023

Tag:,

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *