Intermittent Fasting | Puasa Berkala Semakin Popular

Intermittent Fasting (IF) atau Puasa Berkala Semakin Popular masa kini | Azura Abdul

Intermittent fasting (IF) atau puasa berkala kini merupakan salah satu trend kesihatan dan kecergasan yang semakin popular di seantero dunia sekarang ini. Toleh kiri IF. Toleh kanan depan belakang semua IF. Ke pejabat, ke kolej mesti ada yang sedang melakukan IF. Buka laman sesawang mana-mana pun akan ada iklan yang sangkut sekejap mengiklankan pelan pemakanan ketika menjalani IF.

Apa Itu Intermittent Fasting?

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas: Intermittent Fasting (IF) – Puasa berkala atau diet berkala (sekatan tenaga berkala atau sekatan kalori sekejap-sekejap) adalah istilah am untuk pelbagai pelan pemakanan yang berkisar antara tempoh berpuasa dan tidak berpuasa dalam tempoh yang ditetapkan.

Ada 2 jenis puasa berkala:

  • Pertama ialah mengurangkan tempoh makan dalam sehari. Time-restricted feeding (TRF). Contoh paling popular ialah 16:8, puasa 16jam, makan 8 jam. Ada juga yang suka buat 12:12. Sepanjang tempoh berpuasa tu, hanya boleh minum air kosong atau yang tanpa kalori seperti teh O tanpa gula, air lemon dan yang seumpamanya. Sepanjang tempoh makan, makan seperti biasa.
  • Kedua ialah puasa selang seli, 24jam makan, 24jam puasa. Puasa hari berganti. Alternate-day fasting (ADF). Ada modification juga terhadap ADF ni. Depa buat diet 5:2. Puasa 2 hari, makan 5 hari. Hari makan, makan macam biasa. Hari puasa, boleh ambil sesuatu dalam anggaran 500-700kcal (dalam 20% dari keperluan kalori harian) sekali gus atau spread troughout the day. Ramai yang memilih untuk puasa pada hari Isnin dan Khamis, makan pada hari-hari lain. Sounds familiar kan…😁

Puasa Kerana Keagamaan

Bentuk puasa yang berselang-seli wujud dalam amalan agama di pelbagai kumpulan di seluruh dunia. Rejimen puasa agama termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Vrata dalam agama Hindupuasa Ramadhan (Islam), puasa Yom Kippur (agama Yahudi), puasa Kristian Ortodoks berpuasa, Puasa Ahad (Gereja Jesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir), dan puasa orang Buddha. Amalan puasa keagamaan tertentu, seperti puasa Buddha, hanya memerlukan pantang terhadap makanan tertentu, sementara yang lain, seperti puasa Yahudi Yom Kippur, berlangsung untuk jangka masa yang singkat dan tidak memberi kesan yang besar pada tubuh.

Islam adalah satu-satunya agama utama yang terlibat dalam amalan berpuasa yang mencerminkan puasa berkala dari segi penggunaan makanan dan konsistensi pemakanan. Tempoh puasa Ramadan adalah antara 28 dan 30 hari, bergantung pada tahun, dan terdiri daripada tidak makan atau minum dari matahari terbit sehingga matahari terbenam. Semasa berbuka, orang Islam makan dua kali dalam sehari: sekali pada waktu pagi sebelum fajar dan sekali pada waktu petang selepas senja.

Meta-analisis mengenai kesihatan umat Islam semasa Ramadan menunjukkan penurunan berat badan yang signifikan semasa tempoh berpuasa sehingga 1.51 kilogram (3.3 lb), tetapi berat ini akan kembali dalam tempoh dua minggu selepas berakhirnya Ramadan. Analisis itu menyimpulkan bahawa “Ramadan memberi peluang untuk menurunkan berat badan, tetapi modifikasi gaya hidup yang berstruktur dan konsisten diperlukan untuk mencapai penurunan berat badan yang berkekalan.” Kesan negatif puasa Ramadan termasuk peningkatan risiko hipoglikemia pada penderita kencing manis serta tahap nutrien yang tidak mencukupi.

Rujukan:
ScienceDirect: Unraveling the metabolic health benefits of fasting related to religious beliefs: A narrative review
PubMed: Islamic fasting and weight loss: a systematic review and meta-analysis

Jadi, apa bezanya Intermitten Fasting (IF) ni dengan puasa kita umat Islam?

IF biasanya dilaksanakan secara puasa waktu malam, makan waktu siang dengan waktu sarapan dilambatkan sedikit. Ada juga IF dilakukan secara puasa 24 jam selang sehari atau puasa 2 hari seminggu tidak berturut-turut. Puasa umat Islam dilaksanakan secara puasa waktu siang, makan waktu malam.

Jika kita perhatikan secara jasmani, tiada bezanya puasa umat Islam berbanding IF diet 5:2. Tapi dari segi rohani, banyak perkara yang membezakan puasa umat Islam berbanding IF. Antaranya ialah niat dan bersahur.

Puasa Kerana Mengikut Trend Semasa

Intermittent fasting atau puasa berkala (khususnya diet 5:2) menjadi semakin popular di UK pada 2012 selepas tayangan dokumentari Horizon televisyen BBC2 Eat, Fast and Live Longer. Melalui jualan buku terlaris juga, ia menjadi amalan secara meluas. Di Amerika Syarikat, puasa berkala telah menjadi trend di kalangan syarikat Silicon Valley. Menurut Pilihan NHS pada 2012, orang yang ingin mengamalkan diet 5:2 harus terlebih dahulu berunding dengan doktor, kerana puasa kadang-kadang tidak selamat (kekurangan nutrisi, kencing manis). 

Sehingga tahun 2018, minat terhadap puasa berkala menyebabkan beberapa syarikat mengkomersialkan latihan diet, penokok pemakanan (suplemen) dan pakej sajian penuh. Syarikat-syarikat ini telah dikritik kerana menawarkan produk atau perkhidmatan yang mahal dan tidak disokong oleh sains.

Rujukan:
The Guardian: Fasting facts: is the 5:2 diet too good to be true?
Forbes: England’s 5:2 Fast Diet Arrives in the U.S – Weight Loss Miracle

Saranan KakNjang:

Berpuasa tu, ye lah; kita tak makan dan tak minum. Tapi bila kita berada di dalam tempoh waktu makan, KakNjang sarankan, makanlah secara berhemah, secara sihat, mengikut portion tertentu, mengikut jadual tertentu yang tidak membebankan pula sistem tubuh untuk memproses segala yang kita makan. Amalan puasa berkala atau intermittent fasting ini boleh jadi bermanfaat dan juga memudaratkan bergantung kepada amalan si pengamalnya.

Secara peribadi, KakNjang cadangkan amalan puasa sunat Isnin dan Khamis berserta program detox/pembersihan dalaman. Dengan cara ini, selain dari memperolehi pahala puasa sunat Isnin Khamis, tubuh akan dapat manfaat dari amalan puasa diet 5:2 dan sistem detox tubuh dapat kita reset semula. Wallahu’alam.

Pelan pemakanan untuk sokong intermittent fasting (IF) puasa malam, makan siang.

Pelan pemakanan untuk sokong berpuasa; puasa siang, makan malam.

Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat semua.

Pengedar Shaklee Malaysia | Azura Abdul

Hubungi KakNjang secara WhatsApp di 019 668 6767

KakNjang akan bantu anda dapatkan suplemen terbaik dari Shaklee untuk menyokong perjalanan IF/puasa anda.

Kesan puasa terhadap sel dan hormon tingkatkan kesihatan tubuh dan otak | Azura Abdul
Apakah kesan puasa kepada tubuh badan kita? | Azura Abdul

AzuraAbdul.com | Penuaan Sihat Bermula Sekarang!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *