Bilakah Waktu Terbaik Untuk Ambil Vitamin C?
Waktu terbaik untuk makan Vitamin C? Pertama sekali kita perlu faham, waktu terbaik untuk ambil sesuatu vitamin bergantung kepada jenis vitamin tersebut. Ada yang terbaik bila diambil selepas waktu makan, ada juga yang bagus serapannya ketika perut kosong. Tidak kira bila pun waktunya, pengambilan sesuatu vitamin dalam bentuk suplemen dengan cara yang teratur dan disiplin dapat memberi nilai serapan dan kesan terbaik untuk kesihatan.
Fakta Tetang Vitamin C
- Vitamin C merupakan vitamin yang larut dalam air.
- Ianya tidak disimpan di dalam tubuh.
- Ianya juga tidak boleh dihasilkan oleh tubuh.
- Perlu dapatkan melalui pemakanan harian kita.
Sekali kita makan sesuatu yang ada vitamin C, tubuh akan ambil sebanyak mana vitamin C yang termampu untuk diserap dan diguna pakai, selebihnya akan disingkirkan melalui kencing.
Oleh itu, untuk mengelakkan pembaziran terutama bila kita ambil vitamin C dalam bentuk suplemen, pengambilan vitamin C sepatutnya dalam dose yang kecil diambil sepanjang hari, setiap hari.
Ketahui lebih lanjut tentang cara pengambilan Vitamin C yang selamat. Klik pada imej di bawah…
Soalannya sekarang, bilakah waktu terbaik untuk ambil vitamin C?
Jadi, vitamin C ni terbaik diambil bila ya? Secara peribadi, KakNjang akan kata pada bila-bila masa adalah waktu terbaik untuk ambil vitamin C. Sebab vitamin C larut dalam air dan tidak perlukan lemak untuk serapan sempurna.
Namun begitu, ada juga yang berpendapat bahawa vitamin C akan diserap dengan lebih baik ketika perut kosong.
Bermaksud kita perlu mengambilnya samada awal pagi selepas bangun dari tidur, 30 minit sebelum makan atau 2 jam selepas makan.
Ada sesetengah individu mempunyai perut yang sedikit sensitif. Vitamin C mungkin ada yang agak berasid. Sekiranya diambil ketika perut kosong mungkin akan menyebabkan mual dan loya macam nak muntah.
Jadi, untuk mereka yang tergolong dalam kategori ini, ambillah vitamin C selepas makan.
Saranan KakNjang:
Kita perlu faham jenis vitamin yang hendak kita makan. Kita perlu tahu kita makan untuk apa. Yang paling penting sekali, kita perlu tahu adakah perut kita mampu untuk terima sesuatu vitamin seperti individu lain.
Apa yang KakNjang cadangkan ialah bertukar kepada Sustained Released VitaC-Plus Vitamin C keluaran Shaklee.
Ianya berasaskan ekstrak jagung, jadi sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai perut yang agak sensitif dengan asid.
SRVitaC-Plus juga mempunyai sistem pelepasan berperingkat. Setiap tablet mengandungi 500mg vitamin C, dilepaskan secara perlahan-lahan dengan kadar 100mg vitamin C setiap jam, selama 5 jam.
Jadi, SRVitaC-Plus adalah selamat untuk semua jenis kegunaan dan memberi nilai harian vitamin C pada kadar optimum, tanpa pembaziran.
Semoga perkongsian KakNjang hari ini bermanfat buat semua.
Nak tanye cara nak makan herblax sesuai waktu bila ye..dan berapa biji sehari? Kene ambil tiap hari or tak