Punca Dan Kesan Kehilangan Selera Makan Warga Emas
Kehilangan selera makan atau kurang keinginan untuk makan biasanya mengakibatkan pengurangan pengambilan makanan. Kehilangan selera makan mungkin boleh jadi punca kepada pelbagai jenis penyakit.
Begitupun, ramai antara kita tidak menilai status pemakanan warga emas secara rutin atau merawat punca kehilangan selera makan dengan sepatutnya. Ini boleh memudaratkan warga emas kerana masalah kekurangan zat makanan dan penyusutan otot akan mempengaruhi kualiti hidup mereka.
Apakah punca kehilangan selera makan di kalangan warga emas?
- Masalah perubatan yang kronik seperti kanser, penyakit paru-paru, kegagalan jantung, buah pinggang dan hati kronik, penyakit sendi (seperti reumatoid artritis) dan AIDS.
- Masalah psikologi seperti kemurungan, nyanyuk, keresahan yang memberi tekanan perasaan dan menyebabkan hilang selera makan.
- Masalah sosial seperti kemiskinan, pengasingan atau kesunyian.
- Masalah pergigian seperti gigi yang rosak dan gigi palsu yang tidak sesuai menyebabkan pemilihan makanan menjadi terhad.
- Kekurangan nutrisi tertentu seperti vitamin C.
- Faktor berkaitan kesan sampingan ubat-ubatan menyebabkan mereka tidak dapat menikmati rasa makanan yang sebenar. Secara tidak langsung akan mengurangkan selera makan.
- Masalah pembedahan seperti masalah menelan dan usus tersumbat.
- Sebab lain seperti berasa loya, muntah, kesakitan yang berterusan dan perubahan deria rasa.
Daftar sebagai ahli Shaklee sebelum membuat belian untuk claim 20% diskaun pada setiap belian berikutnya.
Apakah kesan kepada kehilangan selera makan di kalangan warga emas?
- Kekurangan zat makanan dan berkaitan dengan penurunan fungsi otot.
- Pengurangan kepadatan tulang.
- Daya pertahanan badan terjejas.
- Kurang darah.
- Pengurangan fungsi kognitif.
- Luka yang lambat sembuh.
- Kualiti hidup terjejas.
- Meningkatkan kejadian morbiditi dan kematian.
Kepada yang menjaga warga tua, kehilangan selera makan perlu dinilai dari masa ke semasa kerana ianya sangat kritikal untuk kesihatan mereka. Untuk tingkatkan selera makan warga tua, anda boleh cuba untuk bawa mereka beriadhah bersama ahli keluarga yang lain. Selain dari itu, pastikan penyediaan makanan yang seimbang untuk mereka. Paling tidak pun, berikan mereka minuman ringkas yang mampu untuk tambah selera makan.
Ketahui bagaimana cara untuk tingkatkan selera makan di kalangan warga tua di sini.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.