Punca Pengecutan Otot Warga Emas (Sarcopenia)
Sarcopenia ialah pengecutan otot yang berlaku secara semulajadi kerana proses penuaan. Fenomena ini menyebabkan seseorang itu hilang kekuatan (tidak mampu bangun), keseimbangan (senang jatuh) dan menjejaskan kualiti hidup. Dalam kata lain, sarcopenia ini akan menjejaskan kebolehan warga emas melakukan aktiviti harian mereka seperti naik turun tangga, mengangkat barang, memakai atau menanggalkan baju, malah ada yang susah untuk berjalan. Ramai yang tidak tahu apakah punca pengecutan otot di kalangan warga emas ini.
Mengikut International Osteoporosis Foundaton (IOF), jisim otot mula berkurangan sekitar usia 40 tahun pada kadar 3% – 8% mengikut gaya hidup setiap individu. Menjelang usia 60 – 70 tahun, kehilangan tisu otot menjadi semakin cepat. Sepanjang tempoh itu, serat otot semakin berkurangan dan saiz otot juga semakin mengecil.
Semakin kita tua, ada beberapa proses dalam tubuh kita yang menggalakkan lagi proses pengecutan otot atau sarcopenia ini:
- Kurang keupayaan untuk mendapatkan cukup protein yang diperlukan untuk pembentukan otot yang kuat.
- Perubahan dan pengurangan hormon, seperti testesterone dan hormon pertumbuhan.
- Penyakit, seperti kencing manis
Malangnya, penuaan bukanlah satu-satunya punca pengecutan otot ini. Ia boleh berlaku bukan sahaja di kalangan warga emas, malah sesiapa sahaja.
Faktor lain yang menjadi punca pengecutan otot ialah:
- Gaya hidup yang tidak aktif. Tidak melakukan sebarang riadhah atau aktiviti fizikal akan menyebabkan seseorang individu itu mengalami pengecutan otot lebih awal dari waktunya.
- Pemakanan yang tidak seimbang. Tidak cukup protein, makan makanan yang berasid seperti kekacang dan makanan yang diproses tetapi tidak mengutamakan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan; akan memberi kesan kepada jisim otot.
Antara gejala pengecutan otot:
- Saiz otot mengecil
- Lemah dan kurang daya keseimbangan
- Kesukaran untuk naik tangga
Ramai yang tidak berapa ambil kisah tentang masalah pengecutan otot ini. Namun masalah pengecutan otot ini menjadi punca kepada permasalahan berikut:
- Tingkatkan risiko jatuh.
- Hilang daya tahan
- Hilang keupayaan untuk menguruskan diri sendiri.
- Kurang aktiviti fizikal
- Kurang bergaul/bersisoal
Jadi; bagaimanakah cara-cara untuk mengatasi atau sekurang-kurangnya melambatkan peroses pengecutan otot ini? KakNjang dah bincangkan di sini…
Sebelum itu, ketahui lebih lanjut bila masalah pengecutan otot ini bergabung dengan masalah obesiti – Sarcopenic Obesity.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.