Sarcopenic Obesity – Masalah Kegemukan Warga Emas
Sarcopenic Obesity atau obesiti sarcopenic. Pusing lah kot mana pun, sama juga hasil kejadiannya. Apa maksudnya tu? Gemuk yang macam mana pulak tu? Fenomena ini adalah gabungan dua perkara tersebut: Sarcopenia + Obesity = Sarcopenic Obesity.
Obes ramai sudah tahu. Berat badan berlebihan. Lemak berlebihan. Masalah kegemukan. Sarcopenia pula ialah pengecutan otot rangka, kemerosotan kekuatan dan fungsinya akibat penuaan. Kerap kali kita dengar kes warga emas jatuh, antara sebabnya adalah akibat kemerosotan otot rangka. Masalah yang sama juga menjadi penyebab ramai warga emas terlantar atas katil.
Walaupun sarcopenia ini ditakrifkan sebagai sesuatu hasil dari penuaan, jangan terperanjat kalau keadaan kekurangan jisim otot ini terdapat dikalangan mereka yang masih muda belia. Ini adalah kerana pengecutan otot bermula seawal usia 25 tahun sehinggalah ke usia tua.
Faktor utama untuk masalah di atas ialah kekurangan aktiviti fizikal.
Namun ada beberapa faktor penting lain yang juga menyumbang kepada sarcopenia:
- Pengambilan protein yang tidak mencukupi. Klik di sini untuk cadangan protein terbaik.
- Perubahan hormon seperti penurunan testosteron dan hormon tumbesaran.
- Rintangan badan terhadap insulin.
- Kehadiran protein cytokines/sitokin yang mencetus keradangan.
- Masalah penyakit seperti kencing manis dan masalah berat badan berlebihan
Bagaimana obesiti dan sarcopenia ni berhubung kait?
Bila kegemukan mengiringi usia tua, sarcopenia atau pengecutan otot dan kemerosotan kekuatan dan fungsi otot menjadi semakin serius. Kenapa?
#1: Orang gemuk lebih cenderung untuk tidak aktif secara fizikal.
#2: Orang gemuk selalunya ada masalah rintangan terhadap insulin.
#3: Orang gemuk kebiasaannya makan berlebihan dan tidak seimbang; seringkali kekurangan protein.
#4: Bila mereka cuba untuk turunkan berat badan, kebarangkalian untuk mereka dapat protein yang cukup jadi agak tipis ikutan pengecutan otot yang dah mula berlaku.
#5: Orang gemuk lebih cenderung kepada pengumpulan tisu adipose, lemak sekitar otot yang mencetus keradangan, menyebabkan pengecutan otot yang lebih serius.
#6: Orang gemuk mempunyai tahap lemak yang tinggi yang secara langsung dan tidak langsung menghalang hormon tumbesaran dan rembesan testosteron.
Baca dan ketahui tentang punca Sarcopenia atau pengecutan otot di sini.
Bagaimana untuk menghalang sarcopenia? KakNjang dah bincangkan di sini…
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.