5 Cadangan Menu Sahur Ringkas Sihat Berkhasiat
Selamat Berpuasa buat semua Muslimin Muslimat yang membaca posting ini. Kali ini KakNjang nak kongsikan dengan anda semua 5 cadangan menu sahur ringkas sihat berkhasiat, juga sesuai untuk sarapan. Sangat mudah sehinggakan budak Darjah 6 pun boleh buat ni.
Sarapan dan sahur merupakan waktu makan yang sangat penting bagi memastikan hari kita berjalan dengan lancar dan penuh bertenaga. Namun begitu, kekangan masa menyebabkan kita terkocoh-kacah tidak sempat untuk sediakan sahur yang ringkas sihat berkhasiat, sarapan juga.
Ini senarai 5 Cadangan Menu Sahur Ringkas Sihat Berkhasiat untuk anda.
1. Buah cicah mentega kekacang
Ada orang kata makan epal cicah almond butter tu makanan budak-budak. Tapi tahukah anda, apple bekalkan kita serat larut dan tidak larut berserta pelbagai jenis vitamin dan antioksida. Sesudu Almond butter pula bekalkan kita dengan protein dan lemak sihat. Kalau dah tak sempat sangat, this is good enough.
Bukan setakat epal, pisang, belimbing, kiwi, strawberi, jambu batu, jambu air, buah naga, betik, banyak lagi buah yang boleh kita cicah dengan almond butter ni. Yang penting, pastikan buah-buahan dan almond butter sentiasa tersedia untuk digunakan. Tak de almond butter, peanut butter pun boleh. Jangan lebih-lebih!
2. Telor hancur bersayur
Resepi ni untuk yang bangun lambat tapi ada rajin sikit.
Apa yang anda perlukan:
- 2 biji telor
- sebatang dua sayur hijau seperti bayam, sawi jepun atau daun salad dikoyak-koyakkan
- tomato dipotong dadu (kalau ada, kalau sempat)
- bawang holand dipotong dadu (kalau ada, kalau sempat)
- secubit garam dan serbuk lada hitam/putih ikut selera
- 1 sudu minyak masak
Cara penyediaannya:
- Panaskan pan penggoreng dengan sedikit minyak masak.
- Tumis bawang holand (jika ada)
- Pecahkan telor dan goreng sehingga separuh masak
- Masukkan tomato (jika ada)
- Masukkan sayur
- Sprinkle sedikit garam dan serbuk lada hitam/putih
- Balik-balikkan. Siap. Sedia untuk dimakan.
Boleh dimakan terus begitu saja kalau dah kesuntukan masa. Jika ada sedikit ruang, boleh dimakan bersama roti wholemeal atau yang sama waktu dengannya untuk beri complex carbo – bekalkan tenaga lebih lama.
3. Protein Shake Dengan ESP – Serbuk Protein Soya Shaklee
Sahur ringkas sihat berkhasiat. Sangat mudah untuk disediakan.
Apa yang anda perlukan:
- 1 shaker
- 250ml Air sejuk atau suam. Jangan panas.
- 3 sudu makan ESP – serbuk protein soya Shaklee
Cara penyediaannya:
- Masukkan air ke dalam shaker.
- Masukkan ESP ke dalam shaker.
- Goncang goncang goncang sehingga sebati.
- Sedia untuk diminum!
Dapatkan ESP secara online di sini. Daftar sebagai ahli keluarga Shaklee untuk mula nikmati tawaran harga yang lebih menarik.
Puasa sihat bertenaga dengan Shaklee!
4. Roti mentega kekacang
Ini pun senang sangat nak sediakan.
Apa yang anda perlukan:
- 2 keping roti wholemeal.
- Sapuan roti. KakNjang pilih Almond Butter.
- Buah seperti pisang dipotong nipis (jika ada)
Cara penyediaannya:
- Bakar roti jika sempat.
- Sapu Almond Butter pada 1 roti.
- Susun buah (jika ada) di atas sapuan tadi.
- Lekapkan roti yang lagi satu di atas (buah tadi jika ada).
- Sedia untuk dimakan.
5. Dates Smoothie – Smoothie Kurma
Ini pun resepi sahur ringkas sihat berkhasiat, senang nak sediakan. Budak Darjah 6 pun boleh tolong sediakan ni sendiri.
Apa yang anda perlukan:
- 3 sudu makan ESP – serbuk protein soya Shaklee
- 1 cawan susu rendah lemak
- 4 biji kurma tanpa biji
- 1 cawan kiub ais / air masak
- Blender
Cara penyediaannya:
- Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam blender.
- Blend sehingga sebati.
- Sedia untuk diminum.
Nah! Cadangan 5 resepi sahur ringkas sihat berkhasiat untuk anda, sangat ringkas sehinggakan budak sekolah pun boleh buat sendiri jika semua bahan-bahannya sudah tersedia ada.
Jadi, ibu-ibu. Tidak perlu risau jika terlambat bangun untuk menyediakan sahur. Pasti ada solusinya.
Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat semua.
AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Dari Sekarang!