Bagaimana Vitamin C Tingkatkan Tenaga? | Azura Abdul

Hari ini KakNjang nak cerita sedikit bagaimana vitamin C boleh bantu tingkatkan tenaga dalam tubuh kita. Ceritanya tiada hubungan terus seperti A = B atau A + B = C. Ianya lebih kepada C + Fe + RBC + CR = Tenaga! Abaikan kalau tak faham hehehe… KakNjang pun tak faham hahaha!

Bermula dengan Vitamin C. Vitamin C bantu tingkatkan serapan zat besi. Zat besi pula merupakan bahan utama dalam penghasilan sel darah merah.

Tugas utama sel darah merah pula ialah untuk mengangkut oksigen dari paru-paru keseluruh anggota tubuh.

Setiap sel kita menggunakan oksigen untuk bernafas, untuk membakar dan menghasilkan tenaga daripada makanan yang kita makan.

Proses ni nama dia cellular respiration.

Masa ini lah gula dipecahkan kepada tenaga yang diperlukan oleh sel, oleh tubuh.

Dalam masa yang sama, karbon dioksida terhasil dan perlu disingkirkan.

Kemudiannya sel darah merah akan kembali ke paru-paru dengan mengangkut bersama karbon dioksida (bahan buangan tadi) untuk untuk dihela keluar. Dihembus keluar. Breathe out.

Tenaga yang terhasil selepas pembakaran makanan yang kita makan tadi tidaklah dalam bentuk haba panas seperti yang kita selalu rasa bila ada pembakaran. Sebaliknya tenaga tersebut disimpan dalam bentuk chemical untuk kegunaan setiap sel. Macam bateri!

Kekurangan vitamin C dalam tubuh boleh menyebabkan tubuh kekurangan zat besi. Kekurangan zat besi dalam tubuh menyebabkan tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi.

Bila tubuh kekurangan sel darah merah (anemia), oksigen tidak cukup untuk setiap sel dalam tubuh kita bagi tujuan penghasilan tenaga. Bateri lemah!

Sebab itulah kita akan rasa letih melampau, nafas pendek, pening dan lain-lain lagi. Kena charge bateri tu…

Golongan yang selalu berisiko mengalami kekurangan sel darah merah (masalah kurang darah):

  • Mereka yang tidak mengamalkan diet sihat seimbang
  • Ibu mengandung
  • Warga tua

Rujukan:
UCSFHealth.org
MedicalNewsToday.com
CK12.org

Apa Kaitan Vitamin C Dengan Penuaan Sihat?

Dalam menuju penuaan sihat, perkara paling penting adalah untuk pastikan kita kekal bertenaga, boleh menguruskan diri sendiri dan boleh melakukan aktiviti kegemaran setiap hari. Untuk itu, tabung tenaga kita perlulah sentiasa tinggi.

Vitamin C sangat-sangat diperlukan bagi memulakan langkah untuk tingkatkan penghasilan tenaga dalam tubuh seperti yang dibincangkan di atas.

Namun, ramai yang tidak dapat mencukupkan keperluan vitamin C harian mereka melalui pemakanan sebab:

  • tidak mengamalkan diet sihat seimbang
  • tiada selera makan
  • faktor usia, kurang serapan nutrisi

Dalam keadaan ini, vitamin C perlu diambil dalam bentuk suplemen seperti Sustained Release Vita-C Plus Shaklee.

Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat semua pembaca.

KakNjang Azura Abdul
AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang!

Penuaan Sihat bermula dengan vitamin C

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *