Betul ke Elderberry Life Shake Lebih Bagus? | Azura Abdul
Antara ESP, Cinch Shake dan Life Shake Elderberry Shaklee, protein shake mana satukah yang lebih bagus?
Shakle Malaysia baru sahaja melancarkan produk terbaru, Elderberry Life Shake Mixed Soy Protein. Lagi satu produk yang membekalkan sumber protein berasaskan tumbuh-tumbuhan. Jadinya, sekarang Shaklee Malaysia sudah ada 3+1 protein shake untuk pilihan rakyat Malaysia:
- ESP – Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour (850g)
- Cinch – Mixed Soy Protein Shake – Chocolate (765g) / Vanilla (720g) / Cafe Latte (750g)
- Elderberry Life Shake Mixed Soy Protein
- ESP in Sachet!
Sebelum itu, jom kita tengok perbandingan antara ESP, Cinch Shake dan Life Shake Elderberry, betul kah ada yang lebih bagus.
Jadi, persoalannya hari ni ialah, antara ESP, Cinch Shake dan Life Shake Elderberry Shaklee ni, yang mana satu kah lebih bagus? Protein Shake mana satukah yang terbaik?
Jawapan kepada soalan di atas bergantung kepada siapa yang bertanya. Ketiga-tiga protein shake Shaklee mempunyai kekuatan, kebaikan dan kelebihan mereka yang tersendiri. Jadi tiada isu yang timbul mana satu lebih baik antara mereka bertiga. Haaa… dah macam nak pilih menantu pula hehehe ;-p
So, tak jadi masalah sebenarnya jika anda ambil ESP atau CINCH atau Elderberry Life Shake. Sebabnya, tentulah ada alasan anda yang tersendiri kenapa anda ambil sesuatu protein shake itu.
Produk Apa Yang Sesuai Untuk Siapa?
Sebagai contoh…
ESP untuk siapa?
Jika yang datang kat KakNjang tu seorang ibu mengandung atau ibu menyusu, ESP merupakan pilihan terbaik bagi beliau. Kalau beliau seorang surirumah sepenuh masa hanya duduk di rumah, ambil ESP dalam tong. Kalau beliau seorang ibu yang bekerjaya dan sibuk, ESP in sachet lah jawapannya. Senang nak usung ke sana ke sini. Hanya perlu koyak, tuang dan kocak… siap untuk dinikmati.
CINCH Shake untuk siapa?
Tapi, jika yang datang kat KakNjang tu seorang ahli sukan yang perlu untuk membina otot, yang perlu memastikan otot sentiasa kuat, atau yang nak kurangkan berat badan, CINCH SHAKE lah pilihan yang terbaik untuk mereka.
Life Shake untuk siapa?
Ada juga yang datang kat KakNjang tu punya masalah perut. Senak sebu kembung senang sangat dapat. Gastrik jangan cakaplah… sampai berguling-guling kadang tu. Bila perut dah haywire, badan akan jadi tidak kuat, mudah dijangkiti penyakit. Untuk mereka-mereka ini, Elderberry Life Shake adalah pilihan yang terbaik bagi mereka.
Untuk warga tua, KakNjang sangat-sangat rekomen Elderberry Life Shake sebab warga tua perlu pastikan sistem imun dan sistem penghadaman mereka dalam keadaan baik. Lebih-lebih lagi dalam keadaan kita sedang berdepan dengan masalah pendemik COVID-19 ni. Dan warga tua perlukan sesuatu yang mudah untuk mereka consume, satu jenis suplemen untuk selesaikan isu kesihatan sistem imun dan sistem penghadaman mereka.
Kalau tanya KakNjang, KakNjang memang tengah tunggu prebiotik Shaklee untuk jaga kesihatan sistem penghadaman KakNjang. Semakin berusia, metabolisma tubuh semakin rendah. Tak boleh salah makan sikit, nanti perut jadi lain macam. Senak, sebu, sengkak, sendawa tak lepas, kentut tak lepas semua tu memang senang sangat terjadi. Jadi, Life Shake ini pilihan lebih bagus KakNjang untuk tujuan ini 😉