Ringkas Lebih Bagus! Less is More! Kenapa?
Lebih ringkas lebih bagus. Sekali baca nampak macam orang malas je kan? Memang malas pun hahaha tapi padat sebenarnya jika ditelitikan betul-betul. Gambar tu bukan bertujuan untuk promo Ladies Choice atau Kuah Rojak Mak Bee. Cuma dua tu memang kegemaran isi rumah. makan dengan ulaman.
Ini makan tengahari KakNjang dengan anak-anak hari ni. Bukan tengah “berdetox” pun. Tapi bila kita dah faham macam mana “blender” kat dalam perut ni bekerja, semua benda akan jadi lebih mudah.
Makan tengahari atau makan malam, hatta sarapan sekali pun tidak perlulah sampai penuh semeja. Memadai dengan sayur dan buah, sejenis lauk dan nasi untuk melengkapi juadah.
Pernah dengar pinggan sihat? Ya. Yang suku-suku-separuh tu.
Separuh dipenuhi dengan sayur dan buah-buahan. Manakala suku pertama protein (ikan ayam daging – lauk) dan suku ke dua nasi untuk kebiasaan kita rakyat Malaysia.
Tapi kadang tu ada juga yang walau dah jaga portion plate, tapi perut masih meragam. Nak tau kenapa?
Perut kita akan menghasilkan jus dan enzim yang berbeza, yang diperlukan untuk mencerna pelbagai jenis makanan. Jus dan enzim ni boleh jadi asid atau alkali mengikut keperluan.
Contoh: Untuk cernakan karbohidrat perut akan hasilkan amylase. Amylase ni hanya aktif dalam medium alkali dan boleh rosak dalam medium yang berasid. Jus gastrik – pepsin pula akan dihasilkan untuk pencernaan protein. Pepsin hanya aktif dalam medium berasid dan rosak dalam medium beralkali. Badan kita akan hasilkan jus dan enzim sepatutnya untuk cernakan setiap jenis makanan yang kita makan. Tetapi apabila pelbagai jenis makanan dimakan secara sekaligus, perut kita tidak mampu nak hasilkan semua jus dan enzim tersebut. Ini yang menjadi punca penyebab masalah penghadaman dan dinding usus di kemudian hari.
Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan lebih ringkas lebih bagus?
Biasa kita makan, let’s say menu ringkas je.
Ayam goreng, nasi putih, sayur dan buah.
Buah dan sayur (terutamanya bila dimakan mentah) akan mengambil masa paling singkat untuk dicernakan dan memerlukan medium yang hampir natural untuk penghadaman dan serapan sempurna.
Ayam goreng. Ini gabungan protein dan lemak. Lemak halang rembesan jus gastrik yang sepatutnya mencernakan protein haiwan tadi sebanyak 50%. Protein mengambil masa berjam-jam untuk dicernakan bergantung kepada complexity dan jumlah protein tersebut. Paling lama protein boleh berada sehingga 6 jam di dalam perut untuk dicernakan. Bila ada lemak pula di situ, pencernaan protein menjadi lebih perlahan dan lambat. Ayam goreng bunyi ringkas tapi susah nak hadam. Baik makan ayam kukus atau sup ayam.
Nasi – karbohidrat. Medium alkali. Bila di makan bersama protein tadi, karbohidrat akan menunggu gilirannya untuk dicernakan sehingga selepas selesai protein dicernakan. Berapa lama karbo kena tunggu dalam barisan? Bergantung kepada berapa komplex, berapa banyak dan berapa lama masa diambil untuk cernakan protein. Kalau protein tu super duper komplex dan kita makan banyak protein, paling kurang karbo kena tunggu 6jam untuk mula dicernakan.
Semasa menunggu tu, karbo akan jadi masam terperap dan menghasilkan gas-gas yang kurang menyenangkan. Ni antara sebab yang buatkan kita rasa macam-macam.
Karbo pula mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk dicernakan. Tak lama bukan? Tapi, kalau belum sempat selesai karbo tadi dicernakan kita dah makan lagi menu yang tinggi protein dan karbo, perut akan berhenti proses karbo yang awal tadi dan terus menghasilkan asid bila kala menerima protein.
Karbo yang bertimpa-timpa tidak dihadam dengan sempurna ni akan menghalang/melambatkan proses rembisan jus gastrik untuk hadam protein. Itu dah satu bab. Bab yang kedua, bila berlambak karbo tidak dicerna dengan sempurna, ia akan disimpan dalam bentuk lemak. Akibatnya – GEMUK!
Sebab tu lah kita disarankan untuk tidak makan secara berlebihan. Untuk membantu perut cernakan makanan kita yang pelbagai secara sempurna.
Dan sebab itulah juga simple is better; less is more!
Nak senang lagi, amalkan ESP – protein soya yang lebih ringkas dan mudah untuk dihadamkan!
Banyak lagi cadangan-cadangan hidangan yang lebih ringkas lebih bagus. Contohnya…
Nak tahu punca perut rasa kembung, sakit dan sebu? Baca di sini.
Ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan sakit perut selepas makan. Anda boleh baca di sini.
Bagaimana Sarapan Untuk Perut Meragam ?
Pedih ulu hati? Antara 10 Makanan Untuk Atasi Masalah Pedih Ulu Hati
Semuanya ringkas-ringkas belaka. Anda hanya perlu bijak memilih.
Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat semua. Kongsikan dengan keluarga dan sahabat handai sekiranya artikel ini bermanfaat.
AzuraAbdul.com | Penuaan Sihat Bermula Sekarang!
019 668 6767