Suplemen Terbaik Untuk Atasi Anxiety Kesihatan Mental

Atasi Anxiety Disorder dengan suplemen terbaik dari Shaklee | Azura Abdul

Sebelum ini KakNjang pernah kongsi dengan anda semua beberapa suplemen atau vitamin tambahan terbaik untuk atasi masalah anxiety disorder atau gangguan kecemasan atau kecelaruaan keresahan, gelisah tanpa sebab. Boleh baca tulisan KakNjang itu di sini…

Apa itu Anxiety? Anxiety atau resah gelisah ni ialah bila kita ada perasaan bimbang, risau, berdebar-debar tentang sesuatu atau kadang-kadang tanpa sebab pun. Dalam keadaan ekstrem, seseorang yang mengidap Anxiety Disorder ini boleh ada panic attack – serangan panik. Tanda-tandanya seakan-akan sama dengan serangan jantung; sakit dada, berpeluh, sesak nafas, jantung berdebar-debar dan lemah seluruh badan. Sekiranya tidak ditangani dengan betul, pengidap Anxiety ini akan mengundang pelbagai masalah lain seperti tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, mood swing, kemurungan – depression dan insomnia (susah nak tidur). 

Untuk solusi melalui ubat-ubatan – sila rujuk doktor anda yang bertauliah. Pada KakNjang, senaman yang sesuai, pemakanan seimbang dari sumber asli dan pengambilan suplemen atau vitamin tambahan semulajadi adalah benteng pertahanan terbaik untuk setiap masalah kesihatan luar dan dalam.

Senarai Vitamin atau suplemen yang terbaik untuk atasi masalah Anxiety Disorder Kesihatan Mental

Vitamin B terkenal dengan kesan positifnya kepada saraf. Pengambilan B-Complex, pilihlah yang lengkap dengan kesemua 8 vitamin B, kerana kesemuanya bekerjasama untuk menguruskan pelbagai proses tubuh termasuklah pengurusan stress. Untuk kes anxiety, vitamin B menstabilkan asid laktik (lactate) yang bertanggungjawab menyebabkan kita rasa cemas, gelisah, atau mengalami anxiety attack.

Vitamin C penting untuk memastikan otak dan kelenjar adrenalin berfungsi dengan betul. Vitamin C dos tinggi dapat membantu menenangkan dan meredakan keresahan dan gelisah ketika berdepan dengan anxiety attack.

Vitamin D memainkan peranan penting dalam menguruskan mood kita, juga kesihatan saraf dan otak.

Vitamin E bagus untuk tangani anxiety kerana vitamin E membantu dalam mengangkut oksigen ke otak.

Kalsium bertindak sebagai natural tranquilizer. Penenang ketika anxiety attack.

Magnesium pula melegakan kekejangan otot dan kegelisahan.

Zinc bagus untuk anxiety kerana zinc menenangkan sistem saraf.

Kalium, seperti vitamin C, bertindak sebagai pembantu bagi memastikan kelenjar adrenalin berfungsi dengan baik.

Selenium merupakan antioksida yang kuat yang terbukti mempunyai sifat anti-anxiety. Anti-stress!

Asid lemak omega-3 memainkan peranan penting dalam kesihatan otak. Terbukti dalam beberapa kajian klinikal, pengambilan asid lemak omega-3 yang mencukupi dapat membantu mereka yang mengalami anxiety disorder.

Rujukan:
NewsMax.com
MedicalNewsToday
MedicineNet.com

Saranan KakNjang

Seperti yang selalu KakNjang tekankan, hampir semua penyakit itu datangnya dari corak pemakanan dan gaya hidup kita sendiri. Pemakanan yang seimbang dan senaman yang bersesuaian adalah asas untuk tubuh yang sihat, cergas dan otak yang cerdas.

Bila kita tidak dapat melengkapkan keperluan harian nutrisi tubuh, proses tubuh akan terganggu. Gangguan tersebut adalah tidak sama antara setiap individu atas sebab di atas tadi juga… pemakanan dan gaya hidup!

KakNjang adalah seorang pengamal suplemen vitamin Shaklee. Cadangan suplemen atau vitamin berikut adalah atas pengalaman dan hasil bacaan/rujukan/kajian KakNjang secara peribadi. Suplemen / vitamin yang dicadangkan tidak bertujuan untuk mendiagnos atau mengubati sebarang jenis penyakit.

Untuk melengkapi nutrisi seperti yang dibincangkan di atas, Shaklee ada beberapa pilihan untuk anda mengikut keperluan dan bajet.

Untuk pilihan di bawah RM150:

Vita-E dan BComplex Shaklee membekalkan nutrisi terbaik, suplemen untuk atasi masalah anxiety disorder
Vita-E dan BComplex

Untuk pilihan di bawah RM250:

  • OmegaGuard + OsteNutrix
  • OmegaGuard + BComplex
  • Vita-E + OsteNutrix
  • VitaE + VitaC
  • VitaE + BComplex
  • VitaC + BComplex

Untuk pilihan di bawah RM450:

Gandingan suplemen adalah pilihan individu, mengikut keperluan, corak pemakanan, gaya hidup dan bajet masing-masing.

Sesetengah individu yang menghidap anxiety disorder ni akan ada suatu perasaan takut untuk telan banyak-banyak jenis suplemen dalam satu-satu masa mahupun setelah diberi jadual aturan makan.

KakNjang cadangkan, pilihlah suplemen multivitamin-multimineral. Dan pastikan multimineral tersebut mengandungi perkara asas berikut: Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Magnesium dan zinc.

Itu paling basic. Jika ada termasuk vitamin E dan selenium, lebih bagus!

VitaLea - Multivitamin Shaklee mengandungi nutrisi lengkap suplemen terbaik untuk atasi masalah anxiety disorder
Vita-Lea with Iron Plus – Multivitamin Shaklee mengandungi nutrisi lengkap, suplemen terbaik untuk atasi masalah anxiety disorder

Suplemen Shaklee adalah terbukti secara saintifik dan klinikal, selamat dan berkesan.

Penggunaan mengikut saranan pada label setiap botol Shaklee adalah selamat.

Untuk tempahan suplemen Shaklee, anda boleh terus hubungi KakNjang secara WhatsApp di 0196686767.

Atau anda boleh layari sendiri laman web Shaklee untuk maklumat lanjut. Jika mahu, anda boleh terus daftar sebagai ahli dan terus membuat belian pada harga ahli.

Semoga perkongsian KakNjang kali ini memberi manfaat buat semua.

KakNjang Azura Abdul
Rakan Sihat Anda!
019-668 6767
AzuraAbdul.com – Penuaan Sihat Bermula Sekarang

Pengedar Shaklee Malaysia
Amalan dan tabiat atasi masalah anxiety disorder selain suplemen
Collecting Memories: A Deposit to Emotional Bank Account. suplemen terbaik untuk anxiety disorder

  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *