Cara Untuk Jadikan Hidangan Biasa Lebih Sihat Dari Biasa
Hari ini KakNjang hendak kongsikan dengan anda semua bagaimana cara untuk kita jadikan hidangan yang biasa kita sajikan setiap hari lebih sihat dari biasa. Tapi sebelum itu, mari kita fahami terlebih dahulu beberapa perkara.
Dalam penuaan sihat, perkara yang paling penting ialah pemakanan. Dalam pemakanan sihat pula, kita perlu gabungkan 3 teknik berikut:
- Pinggan sihat – iaitu suku-suku-separuh.
- Eat clean – cuba elakkan processed food fast food, minyak lemak berlebihan. Amalkan gaya masak sihat. Kukus, panggang, rebus…
- Diet calorie atau biasa kita amalkan kalori defisit – tahu berapa banyak kalori kita perlu ambil based on BMR sendiri.
Bila kita amalkan pinggan sihat, secara automatik diet calorie kita dah dapat dikurangkan. Tapi jika dapat gabungkan eat clean dalam pinggan sihat, kita akan capai pemakanan sihat! Diet bernutrisi tinggi pada keperluan kalori yang bersesuaian.
Now, kenapa kita tidak boleh hanya fokus pada jumlah kalori sahaja walau ada sesetengah orang bermati-matian mempertahankan calorie is the key?
Ceritanya bergini…
Kalori Bukanlah Segala-galanya!
Kalori merupakan tenaga kepada tubuh yang diperlukan dalam jumlah tertentu, berbeza mengikut setiap individu mengikut usia, jantina, berat badan, ketinggian dan keaktifan mereka.
Jika kalori yang diambil melalui pemakanan melebihi kalori yang digunakan, hasilnya ialah gemuk dan obes!
Jika kalori yang diambil itu kurang daripada apa yang digunakan, maka kuruslah anda.
Diet kalori ini bagus untuk yang hendak kurus cepat. Untuk jangkamasa pendek, fokus kalori sahaja adalah ok. Tetapi untuk jangkamasa panjang akan merosakkan fungsi tubuh.
Kenapa?
Setiap sentimeter luar dan dalam tubuh kita memerlukan nutrisi. Setiap khasiat, vitamin dan mineral yang terkandung dalam pemakanan kita bertindak untuk membolehkan tubuh memperbaharui sel, baikpulih sel dan secara langsung tubuh jadi sihat dan kuat.
Paling penting, nutrisi yang lengkap membolehkan pembentukan otak yang sihat. Otak yang sihat perlu untuk keseluruhan fungsi tubuh termasuklah pembelajaran dan perlaksanaan tugas setiap organ tubuh. Asid lemak omega-3 sangat penting untuk kesihatan otak. Omega-3 datangnya dari pemakanan kita! Contoh!
Sistem imun juga bergantung kepada nutrisi yang terkandung dalam pemakanan kita. Antioksida bertindak melawan radikal bebas dan menyingkirkan segala bendasing yang boleh menyakitkan tubuh. Vitamin A C E adalah antara antioksida penting tersebut yang juga terdapat dalam pemakanan kita.
Untuk tulang dan otot yang sihat dan kuat juga kita perlukan nutrisi; antaranya seperti protein, kalsium, magnesium; yang juga kita perolehi dari pemakanan kita.
Itu KakNjang belum cerita bab hormon, enzim, emosi, anxiety etc etc etc lagi…
Jadi, apa yang hendak KakNjang tekankan di sini ialah:
Yes! Calorie is important. But what contribute to that total calories is far more important. Sesekali cakap jawa…
Sebab kita bukan hanya makan untuk kenyang. Tapi kita makan untuk kesejahteraan diri dan keluarga. Untuk sihat. Untuk otak berfungsi baik. Untuk imun yang kuat. Tulang dan otot yang sihat dan kuat. Untuk cergas. Cerdas.
Baru boleh belajar dengan cemerlang.
Masuk kelas agama pun belajar juga bukan? So pemakanan yang sihat ini bukan hanya untuk anak-anak sahaja, malah untuk kita-kita yang dah terlebih usia juga!
Berbalik kepada soalan asal…
BAGAIMANAKAH CARA UNTUK JADIKAN HIDANGAN BIASA ANDA LEBIH SIHAT DARI BIASA?
Nak ubah totally cara makan, cara masak, apa nak masak, memang susah. Tapi kita sebagai ibu yang menyediakan pemakanan keluarga, kita perlu jadi sedikit lebih bijak. Bagaimana?
Tambahkan salad timun tomato; yang biasa dimakan mentah bersama nasi ayam dan nasi lemak suatu masa dahulu; dan buah ke dalam setiap menu utama bermula dari sarapan, lunch sehinggalah makan malam.
Biasakan anak-anak melihat kita makan semua tu, dan didik mereka untuk makan apa yang kita makan.
Walau sarapan hanya sekadar nasi goreng atau mihun goreng; jadikan hidangan tersebut lebih sihat dari biasa. Lebihkan sayur dalam masakan dan tambahkan salad timun tomato dan buah sebagai pelengkap nutrisi. Anak-anak yang masih kecil, boleh tambah suplemen lengkap mengiringi pemakanan mereka.
Untuk cadangan sarapan yang lebih ringkas dan sihat, boleh baca lagi di sini…
Kenapa KakNjang selalu tekankan hidangan yang ringkas? Jom baca lagi di sini… Lebih Ringkas Lebih Bagus!
Hinggakan ke sahur pun KakNjang lebih suka yang ringkas tapi padat dengan nutrisi! 5 Cadangan Menu Sahur Ringkas Sihat Berkhasiat
InSyaaAllah. Kita bukan hanya membesarkan bakal pemimpin untuk 10-15 tahun akan datang, malah kita juga sedang mendidik anak-anak yang bakal melahirkan pewaris dan pelapis bagi bakal pemimpin tersebut.
Semua itu, walau tampak remeh, tetapi sebenarnya sangat mempengaruhi sosioekonomi negara sekarang dan masa hadapan. Kita tidak mahu generasi yang bantut tubuh badan dan akal fikiran.
Kerajaan buat dasar dan laksanakannya, tapi kita melahirkan, mendidik dan membesarkan mereka yang buat dasar itu! Kita lahirkan yang berkualiti.
Cukuplah setakat ini bebelan KakNjang. Renung-renungkan…
Ingat! Kita makan bukan sekadar untuk kenyang…
Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat semua.
Tinggalkan Balasan