Tengok Apa Yang Dah Tak Rasa!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa yang dah tak rasa? Ha! Apa tu?!

KakNjang ni jenis malas nak kongsi apa yang orang rasa selepas makan Shaklee. Sebab pada KakNjang tak semua orang akan dapat effect yang sama walau sebab asal makan Shaklee adalah atas masalah kesihatan yang sama. Tapi KakNjang salah rupanya. Kena kongsi juga supaya lebih ramai akan dapat nikmat kesihatan yang lebih baik mengikut respond tubuh masing-masing.

Kadang tu bukannya apa. Malas sebab bila tanya, jawapan yang dapat tu macam tak berapa nak sedap kat telinga KakNjang. Tapi KakNjang salah tafsir rupanya.

Selalu KakNjang dapat feedback yang hampir sama… tak rasa apa! Apa yang dah tak rasa?

Apa maksud tak rasa apa ni?

Mulanya tu macam cuak jugak lah bila lepas kita consult gitu gini, macam mana nak ubah style makan, style aktiviti fizikal, macam mana nak ambil suplemen yang sesuai bersesuaian dengan style makan style aktiviti yang dicadangkan tu… feedback yang dapat cuma TAK RASA APA!

Haru! Tapi bila KakNjang tanya balik sebelum ni rasa apa yang sampai tak rasa apa tu, keluarlah itu ini seperti sebelum ni letih, cepat mengantuk, sakit kaki, tak boleh diri dan mcm2 lagi bergantung kepada individu berkenaan.

Baru KakNjang faham… rupanya yang dimaksudkan dengan tak rasa apa tu adalah sesuatu yang positif. Positif pada KakNjang.

Sesetengah pengguna suplemen ni tersalah anggap. Bila ambil suplemen kita akan terus sihat… terus kuat bertenaga… terus jadi superman.

KakNjang minta maaf cakap ni naa… suplemen ni dia bantu badan kita adjust semula kepada keadaan lebih baik secara semulajadi.

Bukan suplemen tu yang buat kita tak rasa apa-apa. Tapi apa yang berlaku sebenarnya ialah bila kita ubah cara makan kepada yang lebih baik, tukar corak aktiviti fizikal kepada lebih aktif mengikut kesesuaian diri sendiri dan makan suplemen dengan cara yang betul, badan kita akan berfungsi dengan lebih baik secara semulajadi.

Tak de shortcut untuk sihat. Perlu jaga makan. Perlu jaga masa makan. Perlu bergerak. Cukup rehat. Suplemen secara bijak. Selebihnya badan kita akan berfungsi dengan lebih baik secara semulajadi.

Macam sahabat KakNjang yang seorang ni, ada masalah GERD dan GAD. Bagi yang ada masalah yang sama, anda pasti faham bagaimana kadang-kadang tu sangat meletihkan dan sukar untuk menjalankan tugas di pejabat. Untuk atasi masalah keletihan beliau amalkan CoQ-Trol Plus. Alhamdulillah letih dah berkurangan.

Jadi, kalau selepas amalkan suplemen anda tak rasa apa, InSyaaAllah anda sebenarnya beransur baik.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *