Cara Kawal Penyakit Untuk Capai Penuaan Sihat

Cara Kawal Penyakit Untuk Capai Penuaan Sihat | Azura Abdul

Penuaan Sihat bermula sekarang. Bukan esok lusa. Bukan Isnin depan. Tetapi sekarang! Dalam artikel Misteri Penuaan ada dipetik: penuaan hanya akan menjadi lebih sihat, seronok dan produktif jika jumlah penyakit kronik yang biasa dihidapi oleh warga tua dapat di cegah dan di kawal. Bunyi macam mudah saja, bukan? Tapi macam mana kita nak dapat penuaan sihat ini? Bagaimanakah cara untuk kita cegah dan kawal penyakit ni untuk capai penuaan sihat?

Tidak kira berapa umur kita sekarang, yang paling penting kita kena fokus sihat. Perlu sihat dari sekarang. Kata kunci di sini ialah SIHAT. Bukan kurus. Ada banyak cara untuk kurus, tapi…

Cara kawal penyakit untuk capai penuaan sihat berkisar dalam 5 perkara utama seperti berikut:

  1. Pemakanan yang seimbang
  2. Senaman dan riadhah yang bersesuaian
  3. Suplemen dengan bijak
  4. Kaedah Pengurusan Kesakitan
  5. Tabungan emosi sentiasa dipenuhi!
cara kawal penyakit untuk penuaan sihat - sentiasa kekal aktif!

Bila kita fokus kepada 4 perkara di atas, secara perlahan sihat dan kurus akan datang. Tapi dalam nak fokus kepada 4 perkara tersebut, ada lagi yang lebih penting. In order untuk kita dapat melakukan 4 perkara tersebut, kesihatan perut dan telomere (pelindung DNA) adalah lebih penting.

Perut memastikan apa yang kita makan itu sampai ke seluruh badan. Telomere yang sihat menentukan siapa kita (kulit gelap/cerah, mata biru/hijau, rambut perang/hitam, dan sebagainya) dan telomere juga memberi petanda untuk jangkahayat seseorang.

Untuk tip jagaan perut untuk sihat lebih lama, sila klik di sini…

Untuk ketahui lebih lanjut tentang telomere, sila klik di sini…

Kadang tu kita ada dengar, gemuk tapi sihat, gemuk tapi fit. KakNjang sangat tak setuju dengan kenyataan tersebut. Sebabnya, di dalam banyak kajian dan penulisan ada menyebut bahawa berbadan besar, gemuk, mempunyai berat badan berlebihan atau obes menjadi faktor risiko kepada pelbagai jenis penyakit terutamanya bila kita meningkat usia. Ketahui kesan berat badan berlebihan terhadap kesihatan warga tua di sini…

Dan yang paling merisaukan KakNjang dengan masalah gemuk ialah apabila menjadi budaya kita untuk mengangkat kanak-kanak yang gemuk sebagai sihat dan yang kurang tembam sebagai tak cukup makan. Apabila kanak-kanak sudah obes ketika kecil, kemungkinan besar mereka akan memasuki zaman remaja dalam keadaan obes. Ini sangat tidak menyokong penuaan sihat. Kebimbangan ini ada dibincangkan dalam AstroAwani.com baru-baru ini, anda boleh baca di sini…

Kenapa kita perlu sihat dari sekarang?

Mungkin anda ada sebab yang tersendiri untuk menikmati penuaan sihat. Pada KakNjang, alasan ke-3 di atas merupakan faktor utama untuk KakNjang fokus sihat dari sekarang.

Semoga perkongsian KakNjang kali ini bermanfaat buat semua.

Azura Abdul | Penuaan Sihat | Pengedar Shaklee Malaysia
  • Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *