Pemakanan Seimbang Untuk Warga Emas
Semakin meningkat usia, semakin berkurangan kalori diperlukan. Tambahan pula, setiap apa yang dimakan hendaklah berkhasiat dan melengkapi keperluan nutrisi tubuh warga emas tersebut tanpa berlebihan. Jadi cabarannya di sini adalah untuk menyediakan keperluan pemakanan seimbang untuk warga emas hari ini. Bagaimana untuk melengkapkan keperluan nutrisi bagi warga emas hari ini?
Melengkapkan keperluan nutrisi bagi warga emas merupakan sesuatu yang sangat mencabar samada kepada yang empunya diri itu sendiri (warga emas) mahupun yang menjaganya (kaum keluarga atau pusat jagaan orang tua).
Katherine Tucker, RD, PhD, Ketua Jabatan Health Sciences di Northeastern University, Boston, USA berkata, apa yang menjadikan semuanya lebih mencabar ialah tubuh bila semakin berusia:
- semakin kurang keupayaan untuk menyerap semua nutrisi.
- semakin kurang deria rasa, makan semua jadi tak sedap. Kurang selera makan.
- sesetengah makanan agak susah untuk dikunyah atau dicerna.
Terdapat beberapa nutrisi utama yang selalunya akan semakin tidak cukup dikalangan warga emas, antara yang terpenting ialah 9 yang berikut:
B12
Penting untuk pembentukan sel darah merah, DNA dan kesihatan saraf. Susah nak dapat jumlah yang cukup dikalangan warga emas ini sebab masalah penyerapan tadi. Walau diet yang diambil sepatutnya sudah mencukupi, untuk warga emas mungkin tidak.
Folate/Asid Folik/B9
Kekurangan folic asid menyebabkan anemia – kekurangan hemoglobin, sel darah merah yang sihat. Akibatnya – letih.
Kalsium
Memainkan banyak peranan dalam fungsi tubuh. Antara yang utama ialah pembentukan tulang yang sihat. Kajian mendapati warga emas tidak mendapat kalsium yang mencukupi dalam diet harian mereka menyebabkan kalsium dilarutkan dari tulang bagi menampung keperluan harian. Ini menyebabkan bertambahnya lagi risiko untuk tulang rapuh dan patah dikalangan warga emas.
Vitamin D
Bantu serapan kalsium dalam badan, padatkan tulang dan cegah osteoporosis. Kajian terkini mendapati Vitamin D mampu melindungi dari beberapa penyakit kronik seperti kanser, kencing manis, rheumatoid arthritis, multiple sclerosis, dan penyakit autoimun. Di kalangan warga emas, kekurangan Vitamin D selalu dikaitkan denga risiko jatuh. Vitamin D kebiasaannya terhasil oleh kulit apalbila kita terdedah kepada cahaya matahari. Kulit warga emas kurang keupayaan itu.
Potassium
Penting untuk kesihatan tulang, beberapa fungsi sel, mengurangkan tekanan darah, mengurangkan risiko terjadinya batu karang.
Magnesium
Terlibat dalam 300 proses fisiologi yang berbeza. Bantu kuatkan sistem imun, jantung yang sihat dan tulang yang kuat.
Fiber/Serat
Menggalakkan pencernaan yang sihat. Makanan kaya serat termasuk bijirin, kekacang, buah-buahan, dan sayur-sayuran. Selain dari tinggi dengan serat, makanan-makanan tersebut juga melindungi daripada penyakit jantung.
Asid Lemak Omega-3
Asid lemak tidak tepu, terdapat terutamanya dalam ikan. Antara faedahnya termasuk mengurangkan gejala rheumatoid arthritis (sakit sendi), melambatkan AMD (rabun), kesihatan otak terutama hilang ingatan dan nyanyuk.
Air
Air? Air tu pun nutrisi jugak ke KakNjang? Ya! Kita tak nampak air tu macam penting kan, tapi air sangat penting untuk kesihatan secara menyeluruh. Terutamanya di kalangan warga emas, rasa dahaga itu mungkin semakin berkurangan. Jadi badan mudah untuk dehydrated. Bila kita ubah diet kepada lebih tinggi fiber, ia juga menyerap air. Ditambah lagi dengan ubatan yang dibekalkan oleh hospital, ini juga menambahkan lagi dehidrasi sel dalam tubuh.
Bagaimana untuk memastikan emak ayah kita yang warga emas ni dapat cukup nutrisi di atas?
Bagaimana untuk melengkapkan keperluan nutrisi bagi warga emas hari ini?
1: Makan secara sihat
Lebihkan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan susu rendah/tanpa lemak. Sertakan daging, ayam, ikan, soya, telor atau kekacang dalam diet harian mereka. Elakkan makanan tinggi lemak, lemak trans, kolesterol, garam dan gula.
Contoh cadangan menu sehari:
Minum pagi – selepas Subuh. Blend pisang + oat + nestum + air + Susu rendah lemak/protein soya
Sarapan Pagi – selepas Dhuha. Roti Wholemeal + telor + bayam + tomato
Snack – Buah / salad
Makan tengahari – Bubur nasi / nasi + Ayam + Sayuran seperti Sup sayur bayam
Minum petang – Buah / jus hijau
Makan malam – Mee suah + ayam/telor + sawi + lobak merah
Minum malam – 3keping biskut lemak cicah air panas bersusu/susu suam
Variasikan menu di atas. Hidangan adalah dalam saiz yang kecil kerana warga emas agak kurang berselera makan dan akan rasa cepat kenyang. Pemakanan seimbang untuk warga emas ni, kadang-kadang agak mencabar sebab apa yang kita sediakan mungkin tidak menepati cita rasa mereka. Bersabarlah🤩
2: Senaman ringan atau aktiviti fizikal
Untuk warga emas, mengikut kesesuaian tahap fizikal mereka, pastikan ada gerakan kaki dan tangan juga bahu dan kepala. Jika mampu, bawalah mereka berjalan-jalan di taman. Ini sangat bagus untuk edaran darah, gerakan motor (sendi) dan sedut udara segar. Berkaki ayam di atas rumput pada waktu pagi juga mampu menaikkan aura sihat mereka.
3: Luangkan masa dengan mereka terutama di waktu makan
Warga emas akan kekurangan selera makan dan kekurangan upaya untuk mengunyah sesetengah makanan dan mungkin susah untuk hadam sesetengah makanan.Dengan menemani mereka ketika makan mungkin dapat tingkatkan selera makan.
4: Pengambilan suplemen yang bijak
Seperti yang dibincangkan sebelum ini, warga emas akan kekurangan daya serapan nutrisi. Maka adalah sangat perlu untuk kita pastikan apa keperluan nutrisi yang kurang itu dan pilihlah suplemen yang sesuai untuk mereka.
KakNjang sangat-sangat menggalakkan penggunaan suplemen Shaklee sebab ianya Selamat, Berkesan dan Mesra Alam. Semoga perkongsian KakNjang hari ini bermanfaat buat anda semua!